29 Dec 2009

Matlamat, Rukun dan Adab Usrah



Dalam Islam, pembentukan ikatan-ikatan perpaduan antara penganut2 nya sangat mustahak. Ikatan-ikatan ini dinamakan Usrah  atau Keluarga dan dengan Usrahini penganut-penganut Islam dapatlah dibentuk menjadi umat yang berguna dan dalam masa yang sama dapat memperkuatkan Ukhuwah atau Persaudaraan di antara ahli-ahli Usrah ini. Jadi ahli-ahli Usrah perlulah bersedia menjadi bahan-bahan asas yang sihat dan berguna kepada bangunan keluarga ini iaitu Usrah Islamiah atau Keluarga Islam.

Sejarah Usrah
 Konsep usrah sebagaimana yang difahami oleh gerakan Islam secara umumnya bermula semenjak Rasulullah SAW mula menyebarkan dakwahnya di bumi Mekah. Rumah salah seorang sahabat yang bernama Arqam bin Abi Arqam digunakan untuk membuat sebarang pertemuan secara sulit dengan kaum muslimin dengan tujuan memberitahu dan membawa wahyu Allah SWT. Namun, setelah Allah SWT memerintahkan supaya Nabi SAW berdakwah secara terang-terangan, kaedah membuat pertemuan secara sulit sudah tidak lagi digunakan kecuali pada ketika yang tertentu.
 Namun, secara khususnya aktiviti usrah seperti yang diamalkan oleh kita sekarang bermula apabila Almarhum Hassan Al-Banna mengasaskan Ikhwanul Muslimin pada tahun 1927 di Mesir beberapa tahun selepas kejatuhan dinasti khilafah Islamiyyah yang terakhir pada di Turki. Beliau mula membina tanzimya yang tersendiri dengan matlamatnya yang begitu jauh untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyyah (Sayang.. beliau syahid sebelum melihat cita-citanya tercapai). Asas yang dibina oleh beliau diteruskan oleh pengikut-pengikutnya ke seluruh dunia dan menjadi satu momentum yang menggerakkan arus kebangkita semula Islam di seluruh pelusuk dunia dengan method dan strategi yang berbeza.

Rukun Ikatan Usrah
Terdapat 3 Rukun Ikatan Usrah iaitu:
  Berkenalan, Bersefahaman dan Berseimbangan.
(1) Taaruf iaitu berkenalan
Berkenalan di kalangan ahli usrah sangat penting supaya ahli-ahli usrah dapat berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah serta dapat memahami pengertian ukhuwah (persaudaraan) sejati antara ahli-ahli usrah dan berusaha supaya tidak ada perkara yang boleh mengeruhkan ikatan ukhuwah  itu.
(2) Tafahum iaitu bersefahaman
Ahl-ahli usrah hendaklah selama-lamanya berpegang dengan Kebenaran, iaitu mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. Ahli usrah perlu memeriksa diri sendiri samada benar-benar taat kepada perintah Allah. Setelah itu ahli-ahli usrah hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain .
 Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah ahli yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dan saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan berterimakasih atas nasihatnya itu.
 Ahli yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang "tersilap" tadi walau pun perubahan perasaan hati itu sejarak sehelai rambut sekalipun. Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia.
 Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar hati terhadap saudaranya yang "silap" tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang terus menerus kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
 (3) Takaful iaitu berseimbangan
Berseimbangan ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri dengan cara bertanya khabar, menziarahi dan tolong-menolong.

Apakah yang hendak dibuat di dalam pertemuan Usrah?
  (1) Membentangkan Kesulitan
Ahli usrah hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian ahli-ahli yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu dan ini hendaklah dilakukan di dalam suasana "ukhuwah" yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah.
 (2) Bermuzakarah
Hendaklah ahli-ahli usrah bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam . Dalam satu-satu pertemuan Usrah janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengking herdik. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggarbatas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu

  Apakah Matlamat Usrah?
Matlamat usrah boleh digariskan seperti :
1) Menghimpunkan ahli-ahli jemaah di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.
2) Mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga ahli-ahli dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jemaah dan proses pembentukan diri.
3)  Meningkatkan kefahaman ahli-ahli dan menentukan sikap atau prinsip Islam terhadap satu-satu masalah.
4) Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasulnya
5) Menghubungkan ahli usrah secara langsung dengan al-Quran dan as-Sunnah
6) Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
7) Untuk melahirkan tenaga-tenaga amilin / mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program jemaah dengan jaya dan berkesan.
8) Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.

Adab-adab Usrah
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah Taala
2. Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan melainkan ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
3. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah memberitahu kepada naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat-sahabat sesama usrah.
4. Mendahului majlis dengan Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.
5. Memohon penjelasan dan mengemukakan persoalan sekiranya terdapat kemusykilan dan keraguan.
6. Jangan banyak mempersoalkan atau mempertikaikan arahan yang telah diberikan oleh naqibah selagi mana arahan itu tidak melanggar batas syarak.Jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh naqibah , hendaklah ahli usrah menegur dengan cara yang berhikmah.
8. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat seusrah.
9. Akhiri majlis dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-Nas.


0 coretan:

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino