23 Mar 2011

Hati Yang Mati



Hati merupakan organ paling utama di dalam tubuh manusia dan merupakan nikmat paling agung.Pada hatilah terletak niat kita. Sabda Rasulullah:

”Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika baik daging itu,makan baiklah seluruh diri manusia itu.Jika buruk daging itu makan buruklah seluruh diri manusia itu.Ketahuilah ,bahawa ia adalah hati.”

Kita perlu menjaga hati supaya tidak sakit dan mati.Jika hati sakit maka terjadilah gejala-gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat kita hari ini.Hati merupakan amanah Tuhan juga seperti mata,kaki tangan mulut dan lain-lain.Kita wajib menjaganya dari melakukan dosa dan maksiat.Hadis Rasulullah S.A.W:

Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Titik hitam jika tidak diikuti taubat dan istirgfar akan menyebabkan hati menjadi gelap.Kita akan dapat merasai kemanisan beribadat jika hati kotor.Ia juga menghalang cahaya iman daripada memasuk hati kita.Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman:

Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.[74]

Tengoklah perumpamaan Allah berikan kepada kita.Batu pun boleh pecah sebab patuhkan Tuhannya.Ini merupakan satu sindiran kepada kita,adakah hati kita lagi keras daripada batu?

Hati boleh mati kerana

1)Tidak mengambil iktibar daripada ujian dan didikan oleh Allah.Dalam surah Az Zumar Allah berfirman:

Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

2)Hati mati sebab tidak diberi makanan rohani seperti berzikir,mendengar nasihat,muhasabah diri,membaca dan tadabur al Quran..

Cara-cara untuk mengubat hati adalah

1Baca Al Quran dengan maknanya-Al Quran adalah mukjizat yang tiada tolok bandingnya,juga merupakan ubat segala penyaki.Dengan mengistiqamahkan diri membaca dan mereflekkan isi kandungan kedalam kehidupan seharian kita akan menjadikan tidak lalai daripada mengingati Allah.

2)Mengosongkan perut daripada terlalu kenyang atau berpuasa- Kita dapat merehatkan hati yang penat bekerja jika kerap makan dan menyebabkan kite lebih senang untuk beribadat.Rasulullah pernah bersabda:

““Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah lagi:

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.

3)Sentiasa bangun malam beribadat kepada Allah S.W.T-Dapat menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan dan dosa.Memperoleh keredhaan Allah.Kita

4Sentiasa bersama orang soleh-Apabila kita bersama orang baik,kita akan cenderung untuk berbuat baik dan sebaliknya.

Selain itu,ada juga amalan-amalan sunat lain yang boleh dilakukan.Tambah lagi amalan-amalan yang ringan.Lazimkan bersedekah,solat sunat duha dan sebagainya.Solat fardhu juga perlu dijaga.Jangan terlalu laju,ikut sahaja alirannya.Selain itu,kita sebagai orang Islam,tidak harus lupa yang kita ada senjata yang agung,iaitu doa.Doa lah banyak-banyak mintak Allah teguhkan hati di samping meminta kejayaan di dunia dan di akhirat dan memohon yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.Sekian,terima kasih.


2 coretan:

huda on 23 March 2011 at 13:11 said...

jom jaga hati kita...
kalau bukan kita sendiri, siapa lg yg boleh jagakan hati kita.

Mimiamilia on 24 March 2011 at 01:57 said...

jomm..
nah lagu jaga hatii
http://www.youtube.com/watch?v=9kxKHPfpWgU

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino