Salam Adikku,
Dikala ini, dunia penuh dengan kejahilan. Cuba lihat dalam dirimu. Berapa peratuskah jahiliyah telah meresap dalam dirimu? Dulunya aku juga begitu. Sebelum menemukan dengan jalan tarbiyah ini. Aku serupa dirimu. Malahan mungkin aku lebih teruk dari itu.
Tapi aku diselamatkan Allah yang menarikku ke jalan tarbiyah. Yang membersihkan jiwa dan jasadku. Yang memimpinku kembali kepada ’tuanku’ setelah hanyut dalam dunia ciptaan manusia sendiri.
Adikku,
Kau mungkin baru pertama kali mendengar perkataan tarbiyah. Atau mungkin kau sudah muak mendengarkannya. Tapi adakah kau faham apakah tarbiyah itu? Mengapa tarbiyah? Apakah tarbiyah dapat berikan kepadamu? Kupetik kata-kata Mustafa Al Mansur ;
Adikku,
Tarbiyah itu jika ku kutip dari buku Manhaj Tarbiyah Ikhwanul Muslimin maknanya,
Adikku,
Jika kau menjadi seorang jurutera, tarbiyah bukan sahaja membentukmu menjadi jurutera yang mahir dengan segala mesin, malahan mahir dalam mengurusi manusia dan membawa kepada Allah.
Adikku,
Proses Tarbiyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Prosesnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasulullah SAW :

”Tarbiyah bukan segalanya. Tetapi segala-galanya ada dalam tarbiyah”
Tidakkah kau lihat kenapa Abu Bakar sanggup menginfakkan keseluruhan hartanya untuk peperangan? Mengapa Bilal rela disiksa demi mempertahankan keislamannya? Adakah jiwa-jiwa yang tulus ini terhasil sendirinya? Adakah akhlak yang mulia ini terbentuk dengan seketika sahaja? Tidak adikku, semuanya kerana tarbiyah itu.
Sekarang, kau ukur dirimu. Di manakah tahapanmu? Mungkin kau kata, Ah..Abu Bakar boleh la, beliau hidup sezaman dengan Rasulullah. Dapat direct tarbiyah dari Rasulullah.
Adikku,
Tarbiyah itu jika ku kutip dari buku Manhaj Tarbiyah Ikhwanul Muslimin maknanya,
“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
Dengan kata mudah, Tarbiyah itu satu proses pembentukan dirimu dengan persiapan menyeluruh meneyentuh seluh aspek kehidupan meliputi ruh, jasmani dan fikiranmu.
Untuk apa tarbiyah ini? Tidak lain dan tidak bukan untuk mecapai status ’umat terbaik’ yang Allah sebut dalam Surah Al Imran, ayat 110 yang berbunyi ;

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [Ali-’Imran: 110]
Tidakkah kamu ingin menjadi umat terbaik? Mari aku tunjuk jalannya untuk mencapai cita-cita yang tinggi ini. Iaitu dengan jalan tarbiyah.
Dengan Tarbiyah akan membentuk keimanan yang melahirkan ibadah kepada Allah semata-mata, tarbiyah akan menegakkan kekhalifahan di muka bumi seterusnya memakmurkan bumi ini. Jika kau lihat, tarbiyah ini adalah proses untuk kau memenuhi tujuan kehidupan kau di dunia ini. Iaitu, sebagai khalifah dan sebagai hamba.

Tarbiyah bukan lah satu proses pemindahan ilmu semata, malahan proses yang lebih menyeluruh untuk membentuk dirimu sebagai salh seorang umat yang terbaik! Jadi, aku tidak nampak kenapa perlu kau lari dari jalan tarbiyah ini.
Jika kau mahu menjadi seorang ahli farmasi, tarbiyah akan membentuk mu bukan sahaja bertanggungjawab memberikan ubat jasadi kepada pesakit, tetapi mungkin juga ubat hati. Segala tanggungjawab yang kau laksanakan adalah satu ibadah. Kau bukan sahaja menyumbang kepada masyarakat, tetapi kau menyumbang sesuatu kepada agama, mengingatkan dirimu dan orang lain bahawa kehidupan akhirat itu akan pasti dilalui.
Jika kau menjadi seorang jurutera, tarbiyah bukan sahaja membentukmu menjadi jurutera yang mahir dengan segala mesin, malahan mahir dalam mengurusi manusia dan membawa kepada Allah.
Tarbiyah membawa kalian kembali kepada Allah, meletakkan hidayah itu dalam genggaman mu InsyaAllah. Tidakkah itu yang kamu mahukan? Kerana di akhir hidupmu adikku, kau akan kembali kepada Allah jua. Dan Tarbiyah akan sentiasa memperingatkan engkau akan hal ini.
Adikku,
Proses Tarbiyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Prosesnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)Adikku,
Hidup di Malaysia bukan mudah. Jika tarbiyah mu di sini terjaga, aku risau kau akan mula hanyut apabila pulang ke sana. Maka, penerusan tarbiyah itu amat penting.Tapi ia memerlukan usaha dari dirimu sendiri. Perlukan kesedaran tentang kepentingan tarbiyah itu. Jika kau merasakan tarbiyah itu tidak penting, kau ulangi bacaan surat ini dari awal.
Dikala jahiliyah yang terlalu menyesak dada di negara kita, tarbiyah akan menyelamatkan kita semua. Tarbiyah tidak lain tidak bukan sudah aku katakan akan membawamu kembali kepada Allha. Mengembalikan keyakinan dirimu yang hidup di dunia ini sementara. Yang dikejar adalah akhirat nanti. Yang mengingatkan kiamat itu adalah pasti. Jika lari, atau pun kau bersendiri dalam mentarbiyahkan dirimu...aku takut kau akan hanyut.
Bila kau pulang nanti, jadikanlah Al Quran itu penemanmu sepanjang masa. Kerana dalam tarbiyah itu, komponen tilawatul quran itu adalah salah satunya. Bukan setakat membaca, kau tadabbur, ambil pengajaran dan jadikanlah sebagai panduan. Selain itu, cubalah sehabis baik agar kau berada dalam lingkungan yang baik. Dapatkan biah solehah itu. Jangan larikan diri dari usrah dan halaqah. Kerana unsur tazkiyah, penyucian itu ada di dalamnya. Tetaplah kau berdamping dengan orang-orang yang boleh sentiasa mengingati mu. Jangan jemu mencari suasana itu. Jangan jemu mencari jalan tarbiyah itu.
Kerana ajal kita tidak dapat menjangkakannya, aku takut kehidupan kita akan berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Kerana itu aku menyeru akan keterikatan dalam tarbiyah ini. Biarlah kita melalui Pengakhiran di dunia dengan keimanan yang tinggi. Kerana apa yang kita mahukan adalah jannah Allah. Oleh itu berusahalah untuknya. Teruskanlah dirimu dalam tarbiyah ini. InsyaAllah....
Salam sayang,
Mimi, Glasgow
15 Mei 2010