Dalam Islam, pembentukan ikatan-ikatan perpaduan antara penganut2 nya sangat mustahak. Ikatan-ikatan ini dinamakan Usrah atau Keluarga dan dengan Usrahini penganut-penganut Islam dapatlah dibentuk menjadi umat yang berguna dan dalam masa yang sama dapat memperkuatkan Ukhuwah atau Persaudaraan di antara ahli-ahli Usrah ini. Jadi ahli-ahli Usrah perlulah bersedia menjadi bahan-bahan asas yang sihat dan berguna kepada bangunan keluarga ini iaitu Usrah Islamiah atau Keluarga Islam.
Sejarah Usrah
Rukun Ikatan Usrah
Terdapat 3 Rukun Ikatan Usrah iaitu:
Berkenalan, Bersefahaman dan Berseimbangan.
(1) Taaruf iaitu berkenalan
Berkenalan di kalangan ahli usrah sangat penting supaya ahli-ahli usrah dapat berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah serta dapat memahami pengertian ukhuwah (persaudaraan) sejati antara ahli-ahli usrah dan berusaha supaya tidak ada perkara yang boleh mengeruhkan ikatan ukhuwah itu.
(2) Tafahum iaitu bersefahaman
Ahl-ahli usrah hendaklah selama-lamanya berpegang dengan Kebenaran, iaitu mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. Ahli usrah perlu memeriksa diri sendiri samada benar-benar taat kepada perintah Allah. Setelah itu ahli-ahli usrah hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain .
Berseimbangan ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri dengan cara bertanya khabar, menziarahi dan tolong-menolong.
Apakah yang hendak dibuat di dalam pertemuan Usrah?
Ahli usrah hendaklah membentangkan kesulitan-kesulitannya, kemudian ahli-ahli yang lain turut mengambil berat untuk tolong mengatasi kesulitan-kesulitan itu dan ini hendaklah dilakukan di dalam suasana "ukhuwah" yang sejati dan dengan niat yang sebenar-benar ikhlas kerana Allah.
(2) Bermuzakarah
Hendaklah ahli-ahli usrah bermuzakarah iaitu bertukar tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam . Dalam satu-satu pertemuan Usrah janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah atau sikap menengking herdik. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggarbatas-batas sopan santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai fikiran yang datang semua pihak yang mengambil bahagian di dalam muzakarah itu
Apakah Matlamat Usrah?
Matlamat usrah boleh digariskan seperti :
1) Menghimpunkan ahli-ahli jemaah di dalam kelompok-kelompok kecil di bawah satu pimpinan memudahkan penyaluran bahan-bahan pengisian dan tarbiah.
2) Mewujudkan ikatan kekeluargaan Islam di kalangan ahli-ahli sehingga ahli-ahli dapat merasakan suatu hubungan dan ikatan secara langsung dengan jemaah dan proses pembentukan diri.
3) Meningkatkan kefahaman ahli-ahli dan menentukan sikap atau prinsip Islam terhadap satu-satu masalah.
4) Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasulnya
5) Menghubungkan ahli usrah secara langsung dengan al-Quran dan as-Sunnah
6) Untuk mengenalpasti secara detail dan tepat seluruh persekitaraan yang mengelilingi ahli-ahli usrah seperti kefahaman, kemampuan, kelemahan, iltizam, masalah keluarga, kebajikan, kecenderungan, pemikiran dan sebagainya.
7) Untuk melahirkan tenaga-tenaga amilin / mujahidin yang mampu melaksanakan tugas-tugas dan program-program jemaah dengan jaya dan berkesan.
8) Untuk menyalurkan masalah-masalah ahli dan menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih berkesan.
Adab-adab Usrah
1. Mengikhlaskan niat kerana Allah Taala
2. Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan melainkan ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
3. Jika ada yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah memberitahu kepada naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat-sahabat sesama usrah.
4. Mendahului majlis dengan Al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.
5. Memohon penjelasan dan mengemukakan persoalan sekiranya terdapat kemusykilan dan keraguan.
6. Jangan banyak mempersoalkan atau mempertikaikan arahan yang telah diberikan oleh naqibah selagi mana arahan itu tidak melanggar batas syarak.Jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh naqibah , hendaklah ahli usrah menegur dengan cara yang berhikmah.
8. Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat seusrah.
9. Akhiri majlis dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-Nas.
0 coretan:
Post a Comment