Maaf sumer..diatas kelewatan menulis entry tadabbur surah an-nas...ini die,harap dapat dijadikan panduan untuk semua..inshaAllah..
بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( ُق ْ ل َأعُوُذ بِرَبِّ النَّاسِ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.
( مَلِكِ النَّاسِ ( 2
2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.
( إَِلهِ النَّاسِ ( 3
3. Tuhan yang disembah manusia.
( مِن شَرِّ اْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ( 4
4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.
( الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ( 5
5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.
( مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ ( 6
6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.
Surah An-Nas terdiri daripada 6 ayat ,turun di Madinah dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dimana
-bahagian yang pertama terdiri daripada ayat 1-3
-bahagian kedua pula merupakan ayat 4-6
BAHAGIAN 1 : Memperkenalkan ALLAH
ُق ْ ل َأعُوُذ بِرَبِّ النَّاسِ ( 1
1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.
( مَلِكِ النَّاسِ ( 2
2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.
( إَِلهِ النَّاسِ ( 3
3. Tuhan yang disembah manusia.
Jika diteliti dari ayat pertama hingga ketiga fokus utama diberi kepada makhluk benama manusia...betapa jelasnya kasih sayang dan istimewanya manusia yang diciptakanNya
ALLAH sebagai RAB dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai KHALIQ yang menciptakan , Dia sebagai AR-RAZAK pemberi rezeki dan Dia sebagai MALIK iaitu pemilik muntlak diri kita.
Khaliq (Pencipta) ... bila berkisar tentang pencipta dan kita yang diciptakan semestinya DIA tahu apa yang terbaik buat kita makhluk ciptaanNya..jom fikir sebentar (jangan malasss ) Analogikan kita sebuah robot..
kewujudannya tentu ada sebab kenapa pencipta tu cipta dia - KITA? ya KITA!
ada dua sebab disini :
MANUSIA diciptakan ALLAH adalah kerana :
Sebagai HambaNya dan sebagai Khalifah !
Dalilnya rujuk manual kehidupan AL-Quran rujuk Surah az-zariyat ayat 56 dan rujuk Surah al-Baqarah ayat 30 ... sila-sila...
-MANUSIA sebagai HAMBA ALLAH
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”(QS Adz-Zariyat 51:56).
-MANUSIA sebagai KHALIFAH dimuka bumi
"Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Rabb berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. (QS. 2:30)"
Istimewanya manusia ciptaan ALLAH ini berbanding ciptaan lain ialah kita diciptakan dengan hak untuk memilih (ikut perintah Allah atau kufur padaNya inginkan kebenaran atau kejahilan)berbanding dengan makhluk ciptaan lain yang diciptakan tanpa sebarang pilihan dalam menjalani kehidupan.
Sebagai analogi, Tumbuhan diciptakan untuk membina makanannya sendiri, haiwan dicipta khusus mengikut kateria dan jenisnya dan paling ketara antara haiwan dan tumbuhan ini keduanya patuh pada perintah Allah .Mereka tiada pilihan untuk menolak apa yang telah ditetapkan pada kejadian mereka.
Allahuakbar! Hebatnya ciptaan Mu ya Rab..!
Ar-Razak (Pemberi rezeki) ...Kasih Sayang Allah kepada hamba-hambaNya... rezeki dikurniakan tanpa kita perlu meminta-minta..segalanya telah ditetapkan olehnya...
Al-Malik( pemilik) kita milik Allah dan kepadanya kita akan kembali..segala yang diberi adalah pinjaman...tapi seandainya pinjaman..layakkah kita pulangkan apa yang kita pinjam seperti sedia kala..?
tak layak kita sebagai peminjam... ya kita tiada apa-apa..sedarlah itu ..semuanya milik Allah ..
aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara ....
مَلِكِ النَّاسِ
Allah sebagai MALIK
Identiti ini diolah dari 3 aspek penting iaitu Wali (Penjaga), Amir (pemimpin) , Hakim (Penggubal undang-undang)
Allah sebagai WALI yang mana DIA menjaga segala urusan manusia.DIA tak pernah lupa dan terlepas pandang sedikitpun urusan manusia yang dikasihiNya.Subhanallah !
Jika kita melihat bagaimana seorang ayah (wali kepada anak perempuan) yang sangat menjaga dan memberi perlindungan kepada anak perempuannya. Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik dalam urusan hamba-hambaNya.
ALLAH sebagai PEMIMPIN ... kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya... seperti RAJA dan Rakyat.. maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah ALLAH ..kerajaan ALLAH bukan milik sesiapa..Negara ini (tanah yang kita duduki) ..bukan milik kita..tapi milik ALLAH..ALLAH telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya ..sudahkah kita penuhi apa yang ALLAH amanahkan kepada kita?
ALLAH sebagai PENGUASA... Allah Maha BERKUASA... disini ada sistem ganjaran dan balasan..seperti penguasa disebuah kawasan atau kerajaan..setiap kesalahan akan dihukum dan setiap kebaiikan akan diberi penghargaan ..begitu juganya ALLAH dimana DIA berkuasa atas ganjaran SYURGA bagi hambaNya yang bertaqwa dan azab NERAKA bagi hambaNYa yang engkar.
الهِ النَّاسِ
Allah sebagai TUHAN yang disembah--> Taat patuh dengan sepenuh hati. Analoginya apabila mengadap RAJA, atau Orang atasan.Bagaimana perasaan kita ketika itu?
Semestinya Taat, Patuh dan Hormat.
Meletakkan Allah sebagai MATLAMAT dari setiap aspek kehidupan dunia dan untuk akhirt!
BAHAGIAN 1 :MENGENALI SYAITAN dalam ayat 4 hingga akhir...
Beberapa sudut dikupas untuk bahagian ini dimana dalam surah ini menjelaskan :
Sifat
شراْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
Keburukkan , was2, tersembunyi
Ragu2 dengan tujuan jahat .. Tersembunyi supaya kita ambil perhatian (hati-hati) sukar dikesan
Kerja
يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
Menimbulkan keraguan dalam dada manusia
Apa yang ada dalam dada manusia? Hati
Jenis
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Terdiri daripada Manusia dan jin (Surah kahfi 18:50)
p/s : di olah dan di edit dari pelbagai2 sumber..wallahualam..harap betulkan kalo ade ape2 yg silap..
0 coretan:
Post a Comment