6 Jan 2010

Menjejaki As Syahid Sayyid Qutb


Pernah dengar Tafsir Fi Zilal? Tahu tak apa tu dan siapa yang tulis? Kali ni tak nak cerita pasal Tafsir Fi Zilal tapi nak cerita dulu pasal penulisnya. Setiap buku yang kita baca, lebih rasa terkesan kalau kita mengenali penulisnya. Tafsir Fi Zilal yang dikenali ramai ini ditulis oleh Sayyid Qutb. Jadi mari kita jejaki Assyahid Sayyid Qutb bermula kelahirannya sehingga kematiannya di tali gantung.

Sayyid Qutb

Semasa kecil


Sayyid Qutb dilahirkan pada tahun 1906 di Egypt, sama dengan kelahiran Assyahid Hassan Al Banna. Tetapi Sayyid Qutb tidak pernah mengenali Hassan Al Banna sepanjang hidup Hassan Al Banna. Ibu bapa Sayyid Qutb sangat kuat mengamalkan ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran.

Sayyid Qutb mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. Selain itu beliau sangat suka membaca dan mampu memberikan idea2 yang bernas.

Kerjaya


Sayyid Qutb belajar di Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Beliau sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. Dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika


Pada tahun 1948 beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. Di sana, beliau mengkaji bidang yang bersangkut paut dengan pendidikan dan melihat kehidupan orang2 di Amerika yang kacau bila. Namun sepanjang di Amerika beliau mulai futur, terpengaruh sedikit dengan budaya Amerika menyebabkan gaya penulisannya mula menjadi mengarut.


Turning point

Selepas beberapa ketika tersimpang dari laluan sebenar, Sayyid Qutb mula tersedar akibat satu kisah.
Pada satu ketika, beliau sakit dan duduk di hospital. Tiba-tiba beliau mendengar ramai orang Amerika sedang bersorak-sorakan. Beliau pelik dengan keadaan tersebut dan bertanya apa yang berlaku.

Sayyid Qutb: "Kenapa? Apa yang berlaku?"
Seseorang: "Kepala Terrorist dah mati, kami gembira sebab tu kami meraikannya dan berpesta"
Sayyid Qutb: "Siapa?"
Seseorang :" Engkau ni dari negara mana?"
Sayyid Qutb: "Egypt"
Seseorang: "Engkau tak tahu ke? Hassan Al Banna?"

(Semoga Allah merahmati segala usaha Assyahid Hassan Al Banna) Nak tau kisah Hassan Al Banna? Teruskan bacaan di sini.

Sayyid Qutb sangat pelik, orang itu sangat dikenali di Amerika, tetapi beliau tidak mengenalinya. Beliau berfikir, sudah tentu Hassan Al Banna ini sangat hebat sehingga dikenali di Amerika. Ini turning point beliau dalam hidupnya. Beliau mula mempelajari mengenai Hassan Al Banna.

Pulang ke Tanah Air


Apabila Sayyid Qutb pulang ke Mesir, beliau mula mempelajari Harakat Islamiyyah dan pada tahun 1951 beliau secara rasminya memasuki Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan Al Banna. Beliau juga sangat aktif menulis dan karya-karyanya menjadi warisan hingga sekarang. Salah satu karyanya sangat sangat dikenali adalah Tafsir Fi Zilal Quran.

Mula menulis Tafsir Fi Zilal

Beliau mula menulis Tafsir Fi Zilal sebelum masuk ke penjara lagi.

Ditangkap dan dipenjarakan


Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu Revolusi Julai 1952. Dalam revolusi ini pemerintahan beraja Mesir  dijayakan oleh gerakan 
Dubbat al-Ahrar pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwanul Muslimin.





Sesudah revolusi, Sayyid Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir tetapi Sayyid Qutb mahu kerajaan tersebut melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya.


Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap atas tuduhan gerakan Ikhwanul Muslimin merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, iaitu satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, seperti Hasan Hudhaybi, Abd al-Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali, ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwanul Muslimin dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaybi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Sayyid Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.


Pada waktu itu, Sayyid Qutb masih dalam kontrak untuk menulis Tafsir Fi Zilal. Publisher tersebut naik turun mahkamah supaya kerajaan membenarkan Sayyid Qutb meneruskan penulisannya dan akhirnya kerajaan membenarkan. Di penjara terdapat ramai cerdik pandai yang ditangkap antaranya engineer,  guru, dan sebagainya. Melalui perbincangan dari  pelbagai kelompok manusia ini, Sayyid Qutb telah berjaya menulis Tafsir Fi Zilal yang mengkagumkan. Beliau selesai menulis Tafsir Fi Zilal semasa beliau masih di dalam penjara dan tafsir tersebut telah ditapis apabila dikeluarkan .


Dibebaskan dari Penjara


Pada tahun 1964, Sayyid Qutb telah dibebaskan atas permintaan peribadi Abd al-Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila beliau keluar, beliau telah membuat pembaharuan pada Tafsir Fi Zilal yang telah ditapis sebelum ini.


Ditangkap dan dihukum gantung


Apabila Presiden Abd al-Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Sayyid Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan. Bersama Sayyid Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Sayyid Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Sayyid Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Sayyid Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Sayyid Qutb dibebaskan.


Pada pagi Isnin,13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, Sayyid Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abd al-Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Sayyid Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut. Sayyid Qutb bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu, beliau telah menjawab sambil tersenyum dengan katanya “mati syahid”. al-Fatihah



Coming Soon: Selongkar Tafsir Fi Zilal :)

3 coretan:

Mimiamilia on 7 January 2010 at 05:46 said...

Tq huda
lengkap dah cerita Sayid qutub..
hari tu cerita banyak lopong2..
:D

huda on 8 January 2010 at 06:43 said...

ingat nak tulis pendek mula2, tapi bila baca macam tak best pulak..

cerita yang panjang2 lebih syok dibaca =)

TantePiya on 10 November 2011 at 16:01 said...

penah dengar ada ilmuwan duk penjara berjaya hasilkan kitab yg umphh.. beliau rupanya..

thanx for sharing. :)

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino