30 Jan 2010

Surah al Baqarah 130 - 137


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


[130] Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

Ayat ini diturunkan di Makkah,dan ayat ini ditujukan kepada kebanyakannya keturunan Nabi Ibrahim A.S. Orang yang memperbodohkan dirinya sendiri ini adalah terdiri daripada orang yang menzalimi dirinya sendiri kerana kecetekan akal fikirannya meninggalkan kebenaran untuk menuju kesesatan dan tidak mengikuti jalan orang yang benar,yakni kekasih Allah.Dan di akhirat,kekasih Allah ini merupakan orang-orang yang soleh dan bahagia.



[131] (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yakni, ketika Allah menyuruhnya memurnikan ketauhidan, ketundukan, dan kepatuhan kepada-Nya, maka dia memenuhinya menurut syariat dan ketetapan.

Dalam ayat ini,terdapat perkataan "aslim" yang bermaksud bukan sahaja menyerah diri, malah menyerah jiwa dan seluruh kehidupan kita kepada Allah.Ini bertepan dengan ayat Al Quran yang pernah kita pelajari sebelum ini yang bermaksud "tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk menyembah Aku". Perkataan ini juga merupakan asal usul ajaran islam.Pernahkah anda mendengar isu "islam itu kata nama khas atau kata kerja?" Jika islam itu kata nama khas,maksudnya,islam itu hanya agama kita semata-mata. Sebaliknya,jika islam itu kata kerja,itu bermaksud,kita mempraktikannya. Kita semua sudah tentu pernah mendengar bukan? "islam itu merupakan cara hidup kita". Ayat ini sudah tentu dapat menjawab teka teki tersebut. InshaAllah,jika kita mempraktikkan ajaran islam dengan ikhlas dan tawadu' kita akan sentiasa memperolehi ketenangan jiwa.



[132] Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.

Dalam ayat ini,tentu kita tertarik dengan salasilah keturunan Nabi Ibrahim A.S. Nabi Ibrahim pada mulanya berkahwin dengan Siti Hajar. Namun perkahwinan mereka tidak dikurniakan dengan cahaya mata. Nabi Ibrahim kemudiannya berkahwin pula dengan Sarah, iaitu hamba baginda. Syukur alhamdulillah untuk perkahwinan kedua ini, baginda mendapat cahaya mata, iaitu Nabi Ishak.(anak kepada Nabi Ishak ialah Nabi Yaakub). Tidak lama kemudian, Siti Hajar melahirkan pula Nabi Ismail.Keturunan Nabi Ishak inilah yang merupakan keturunan Bani Israel, manakala keturunan Nabi Ismail pula merupakan keturunan Arab yang lain.
Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub telah berpesan kepada keturunan mereka untuk berpegang teguh dengan agama Allah.


[133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati? Mereka menjawab: Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).

Allah Ta'ala telah berfirman "Apakah kamu hadir tatkala menjelang kematian Yaakub?" Ayat ini adalah dikhususkan kepada kaum musyrik Arab dari keturunan Nabi Ismail dan juga kaum Bani Israel. Kerana tatkala menjelang kematian Nabi Yaakub, dia berwasiat kepada anak-anaknya supaya menyembah Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya.Dan anak- anaknya telah berjani untuk terus berpegang teguh pada jalan Allah.



[134] Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

Maksudnya, walaupun mereka ini merupakan cucu cicit ketrunan Nabi Ibrahim,Ismail,Ishak dan Yaakub, jika mereka tidak mengerjakan kebaikan,mereka tidak akan memperolehi ganjaran kebaikan yang telah datuk-datuk mereka lakukan. Mereka hanya akan diberikan balasan atas apa yang telah mereka lakukan sahaja.

Ayat ini juga boleh kita reflekskan dalam kehidupan seharian kita, kerana ayat ini tidak semata-mata ditujukan kepada kaum Bani Israel. Dalam kehidupan kita, kita hanya akan memperolehi apa yang kita usahakan. Jika kita berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di akhirat dengan mengorbankan keseronokan hidup di dunia, inshaAllah kita akan memperolehi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita.



[135] Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik.

"Dan mereka berkata, 'Jadilah kamu Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu beroleh petunjuk.'"

Firman Allah,
"Katakanlah, 'Tetapi kami"' akan mengikuti "agama Ibrahim yang hanif, yakni yang lurus.

Abu Qalabah berkata, "Al-hanif artinya orang yang beriman kepada seluruh rasul sejak yang pertama hingga yang terakhir."



[136] Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata.

Dalam ayat ini, tujuan nama-nama Nabi yang ramai ini disebut adalah untuk menunjukkan bahawa para Nabi ini lahirnya dari satu cabang. Allah membimbing hamba-hambaNya yang beriman supaya mempercayai apa yang diturunkan kepada mereka melalui Rasulullah Muhammad S.A.W. dan juga para Nabi yang terdahulu. Allah juga melarang hamba-hambaNya daripada membeza-bezakan para Nabi.



[137] Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Ayat ini bermaksud, jika mereka (iaitu orang-orang kafir dari kalangan musyrik dan Ahli Kitab) beriman kepada Allah dan para RasulNya (tanpa sikap membeza-bezakan antara satu sama lain),itu bermaksud mereka telah berada di jalan yang benar. Tetapi jika mereka tidak mengikuti jalan tersebut, walaupun telah diberi nasihat, maka sesungguhnya mereka akan kekal dalam perselisihan. Dan Allah akan sentiasa memelihara dan membantu perjuangan orang-orang yang benar, kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.






4 coretan:

iu rf on 30 January 2010 at 16:09 said...

tq affiqah!!...
mana menghilang.. lama x npk..rindu lar..=p

nurul affiqah on 31 January 2010 at 00:17 said...

hehe..
sy exam k iu,,
pstu rabu ni nk gerak balik msia dah inshaAllah...
pastu inshaAllah nk bawak mak ayah jalan2 kat cni pulak...
inshaAllah sy join usrah balik dlm awal bulan 4.. ;) kirim cubit pipi piyah ye..hehe

joegrimjow on 1 February 2010 at 14:45 said...

131

pernah berbual dengan pak arab, dia cakap 'dont be proud of your islam if u dont practise islam, people will judge islam in the way you practise it, islam is not a name, but something that u should feel inside ur heart'



lagi best kalau pilih tulisan yang mudah mata membaca. biru dengan coklat, terlalu berpinar mata nak baca

;-)

huda on 1 February 2010 at 16:59 said...

buat joegrimjow

terima kasih atas peringatan.

p/s template ni baru ditukar beberapa hari. masih dalam proses nak modify apa2 yang patut. :) tq.

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino