20 Jan 2010

Al Baqarah 127 dan 128




"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;"

Allah telah menurunkan ujian kepada Nabi Ibrahim dan baginda telah melaksanakannya dengan sempurna mengikut kehendak Allah. Kerana itulah doa baginda diletak didalam Al Quran. Walaupun baginda insan yang terpilih, baginda tetap mahu berdoa kepada Yang Maha Esa. Adakah kita juga begitu? Kebanyakan manusia zaman kini sombong untuk berdoa walaupun berada dalam kesusahan. Kita perlu sentiasa sedar bahawa setiap amalan kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia hanyalah hamba Allah di muka bumi. Sebagai hamba, hanya doa sahaja yang mampu dipohon. Selain itu kita juga harus mencontohi Sunnah Nabi supaya kita akan sentiasa dekat dengan Allah dan insan insan yang disayangi Nya. Doa kita hanya untuk Allah kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita.



"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;"


Tujuan manusia hidup di muka bumi adalah untuk menjadi hamba Allah dan juga sebagai Khalifah. Dalam doa Nabi Ibrahim, baginda turut berdoa untuk seluruh kaum dan umat Islam malah keturunan yang akan datang. Keprihatinan baginda amatlah meluas. Bagaimana dengan kita sendiri? Kenapa perlu berdoa hanya untuk diri sendiri dan keluarga sendiri? Tiada kerugian langsung jika kita turut berdoa untuk semua umat Islam samada yang telah pergi, yang sedan bersama sama kita mahupun keturunan akan datang. Manusia juga sering leka dengan hal dunia tanpa memikirkan hal akhirat. Hanya tahu berdoa tentang kejayaan dalam peperiksaan dan supaya kesihatan diri terjamin tapi sering terlupa untuk berdoa supaya dikurniakan iman yang mantap dan terjauh dari godaan syaitan durjana.

Dalam sering melakukan kesalahan, kita harus sentiasa bertaubat. Beristighfarlah sebanyak mana yang mungkin selepas solat. Allah sentiasa mendengar keluhan hati hamba hambaNya. Allah Maha Penyayang dan Pengampun, sedangkan nabi yang bersifat maksum juga sentiasa bertaubat, apatah lagi kita? Sanggupkah kita menyombong dan mengendahkan Pencipta kita sendiri? Renungkan lah.

Pengisian oleh Kak Mimi 3Januari2010

3 coretan:

huda on 20 January 2010 at 15:49 said...

Tq azwa!

inshaAllah kita selalu muhasabah diri sendiri :)

IntanFareha on 21 January 2010 at 01:17 said...

terima kasih azwa!
walaupn kakintan miss tp sungguh berkesan dihati entry azwa kali ni!!

Anonymous said...

Jazakallah utk entry....ayat dan terjemahan tidak match..boleh betulkan spy mereka yg baru tidak terkeliru

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino