3 Jan 2010
As-Syaheed Imam Hassan Al Banna
Salam.. :)
Kita selalu terdedah dgn kisah-kisah para sahabat dan imam sejak kecil lg kan? Sejak tadika sampai sekolah menengah. Semua kisah-kisah itu sgt hebat, tapi apa kata kali ni kita dgr kisah seorang Tokoh Islam yang tak jauh dr zaman kita, iaitu abad ke-20. Andainya beliau masih hidup, umur beliau sama dgn umur datuk ataupn moyang kita. Tak jauh kan? Beliau adalah, As-syaheed Imam Hassan Al-Banna.
Awal kehidupan
Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada 14 Oktober 1906, di sebuah desa Mahmudiyah yang terletak di Iskandariah, Mesir. Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaiki jam dan gramaphone (radio) sebagai sumber untuk menyara hidup keluarga beliau.
Sebagai seorang ulama, ayahnya mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Sejak kecil Hassan al-Banna sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Disinilah sebenarnya yg telah membentuk corak pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.
Sejak kecil lagi Hassan Albanna terkedepan antara kawan-kawanya dgn sifat kepimpinanya. Beliau telah terpilih menjadi pemimpin kpd Badan Latihan Akhlak dan Jemaah AlSuluka AlAkhlaqi di sekolah. Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda.
Beliau kemudian telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kemudian beliau telah memasuki Darul Ulum (Universiti Kairo) di Kaherah pada awal usia 16 tahun.
Di sinilah pertama kali beliau terdedah dengan pergolakkan parti2 politik dan juga pertubuhan2 yang menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Atartuk. Idealisme2 yang kebanyakkanya bertentangan dgn Islam juga meletup pada masa itu. Mesir pada ketika itu dilanda keruntuhan akhlak yang dasyat. (Kalau dilihat melalui sejarah, pada masa ini adalah masa kejatuhan zaman khilafah Uthmaniyyah, dimana negara Islam semua telah berpecah)
Ketika di Darul Ulum, beliau telah menyertai Persatuan Akhlak Mulia yang giat mengadakan ceramah2 Islam. Hassan AlBanna dan rakan2nya berdakwah di tempat org ramai selalu berkumpul seperti di kedai2 kopi. Beliau juga telah mengutus surat dan mengajak ulama2 dan imam2 besar pada masa itu untuk melawan 'banjir' yang menenggelamkan umat pd ketika itu.
Penubuhan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood)
Setelah beliau berjaya menamatkan pelajaran di Darul Ulum dgn kedudukan pertama, beliau bekerja sebagai guru. Pada ketika itu, Imam Hassan Albanna mulai rasa keadaan umat Islam terlalu bahaya kerana umat islam hanya sibuk dgn berbincang perkara2 khilaf (cabang2 kecil) sedangkan masalah yang besar sedang berlaku didepan mata. Beliau mula bergerak aktif didalam masjid dan menyampaikan ceramah2 beliau.
Pada Mac 1928, Hassan al-Banna diziarahi adik dan lima orang sahabat yang tersentuh dengan ceramah beliau di rumahnya dan berjanji setia bersama untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itulah Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Beliau pada ketika itu berusia 23 tahun.
Sejak dari hari itu, kegiatan dakwah mula bergerak cergas dan ahlinya telah bertambah dari seluruh pelusuk Mesir dan negara2 lain. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih kurang setengah juta hingga 3 juta penyokong yang aktif. Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil.
Ikhwan juga telah menghantar pasukan tentera ke Palestine. Sehingga satu peringkat, Hassan AlBanna tidak begitu yakin dengan ketenteraan dan beliau rasa kerja masih terlalu panjang dan jalan yang paling berkesan adalah tarbiyyah, dan tarbiyyah itu juga masih terlalu panjang.
Berdasarkan kepimpinannya, Hassan AlBanna bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu: Peringkat pengenalan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian peringkat pembentuk keperibadian anggota agar bersedia untuk bergerak aktif. Seterusnya peringkat melaksanakan cita-cita perjuangan dengan tegas.
Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab," Ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua."
Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, "Saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam."
Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda.
Disini kita dapat lihat kepimpinan Hassan AlBanna. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.
Pengharaman Ikhwan Muslimin
Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.
Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.
Pembunuhan Hassan AlBanna
Pada 12 Feb 1949 beliau telah syahid dibunuh oleh pengkhianat2 Islam, iaitu kerajaan Mesir pada ketika itu.
Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.
Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
Pengurusan Jenazah
Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.
Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.
Ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis menjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.
Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.
Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Banna menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.
------------------------------
Betapa hebatnya As-Syaheed Imam Hassan AlBanna yang telah mengembalikan kegemilangan Islam pada kemuncaknya di abad ini. Seluruh hidupnya digunakan untuk Islam sehingga kematiannya juga sebenarnya telah 'menghidupkan' seorang lagi Tokoh Islam yang hebat, iaitu Syed Qutb. Dan sehingga kini, gerakkan2 Islam yang wujud adalah bermula dari Ikhwan Muslimin, termasuklah sistem tarbiyyah kita sekarang iaitu usrah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan:
Post a Comment