Kronologi Kerajaan Islam boleh dilihat di sini
Andalusia merupakan kawasan pemerintahan orang Islam atau dikenali sebagai Moorish di Sepanyol. Kawasan Andalusia meliputi Cordoba, Granada, Seville, Toledo, Valencia, Portugal, Selatan Perancis dan lain-lain.
Muslim memerintah Sepanyol dari 711 hingga 1492.
Sejarah Perjalanan Penaklukan Andalusia
Thariq bin Ziyad
Thariq bin Ziyad berasal dari bangsa Barbar, di daerah sekitar Algeria, Afrika utara. Beliau lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau ahli menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri. Beliau adalah salah seorang Panglima Perang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Walid bin Abdul Malik atau al-Walid I (705-715 M) dari bani Umayah.
Pada bulan Rajab 97 H atau Julai 711 M, beliau mendapat perintah dari Gabenor Afrika Utara, Musa bin Nusair untuk mengadakan penyerangan ke semenanjung Andalusia (Semenanjung Iberia yang sekarang meliputi negara Spanyol dan Portugis). Bersama 7.000 tentera yang dipimpinnya, Thariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar (berasal dari kata “Jabal Thariq” yang berarti “Gunung Thariq”) menuju Andalusia.
Setelah mendarat, beliau memerintahkan anak buahnya untuk membakar kapal-kapal yang membawa seluruh ahli pasukannya, kecuali kapal-kapal kecil yang diminta pulang untuk meminta bantuan kepada khalifah.
Beliau mengatakan, “Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya dua pilihan, menaklukkan negeri ini dan menetap di sini serta mengembangkan Islam, atau kita semua binasa (syahid).” Kata-kata ini adalah untuk membakar semangat pejuang-pejuang.
Mereka segera menyusun kekuatan untuk menggempur pasukan kerajaan Visigoth, Spanyol, di bawah pimpinan Raja Roderick. Atas pertolongan Allah swt, 100.000 tentera Raja Roderick tumbang di tangan pasukan muslim. Raja Roderick pun menemui ajal di medan pertempuran ini.
Penaklukan sedikit demi sedikit.
Setahun kemudian, Musa bin Nusair bertolak membawa 10.000 tentera menyusul Thariq. Sejak saat itu, satu demi satu kota-kota di Andalusia berhasil diduduki tentara Thariq dan Musa; Toledo, Elvira, Granada, Cordoba dan Malaga. Lalu dilanjutkan Zaragoza, Aragon, Leon, Asturia, dan Galicia. Dan penyebaran Islam ke Eropa pun dimulai dari Andalusia.
Pasukan Musa dan pasukan Thariq bertemu di Toledo. Keduanya bergabung untuk menaklukkan Ecija. Setelah itu mereka bergerak menuju wilayah Pyrenies, Perancis. Hanya dalam waktu 2 tahun, seluruh daratan Spanyol berhasil dikuasai. Beberapa tahun kemudian Portugis mereka taklukkan dan mereka ganti namanya dengan Al-Gharb (Barat).
Sungguh itu keberhasilan yang luar biasa. Musa bin Nusair dan Thariq bin Ziyad ingin membawa pasukannya terus ke utara untuk menaklukkan seluruh Eropa kerana waktu itu tidak ada kekuatan lain yang mampu melawan mereka. Namun, niat itu tidak tereaslisasi karena Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik memanggil mereka berdua pulang ke Damaskus (Damsyik) . Thariq pulang terlebih dahulu sementara Musa bin Nusair menyusun pemerintahan baru di Spanyol.
Setelah bertemu Khalifah, Thariq bin Ziyad ditakdirkan Allah swt. tidak kembali ke Eropa kerana sakit dan menghembuskan nafas.
Kerajaan Cordoba (756-1013)
Pada tahun 750 M, kekuasaan khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik digantikan dengan kekuasaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.
Amir Kerajaan Cordoba berturut-turut: Abdurrahman I (756-788), Hisyam I (788-796), Al-Hakam I (796-822), Abdurrahman II (822-852), Muhammad I (852-886), Al-Mundhir (886-888), Abdullah ibn Muhammad (888-912)
Kemudian semenjak kekuasaan Abdurrahman III di tahun 929, sebutan penguasa Amir kemudian digantikan dengan titel Khalifah: Abdurrahman III (912-961), Al-Hakam II (961-976), Hisyam I (976-1008), Muhammad II (1008-1009), Sulaiman II (1009-1010), Hisyam II (1010-1012), Sulaiman II (1012-1016), Abdurrahman IV (1017), Abdurrahman V (1023-1024), Muhammad III (1024-1025), Hisyam III (1026-1031).
Bawah pemerintahan Abdurrahman III dianggap zaman keemasan Andalus. Simpanan makanan dan makanan diimport dari timur tengan cukup untuk rakyatnya dan kota2 lain di Andalus. Sektor pertanian di Corodoba adalah paling maju di eropah dan populasinya mengatasi Costantinople.
Andalusia merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai karya2 yang hebat. Orang muslim dan bukan muslim dari serata dunia datang ke Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Cordoba juga mampu menandingin Baghdad dalam pelbagai sektor. Bandar Cordoba mempunyai lampu jalan,air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar, dan lain-lain. Orang eropah di laur Andalus yang datang ke Cordoba terpegun dan seronok melihat bandar Cordoba. Pada masa itu negara-negara lain di eropah tidak mempunyai pembangunan dan gelap gelita.
Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dapat hidup bersama dengan aman damai. Kehidupan mereka jauh lebih baik berbanding sebelum pemerintahan Islam.
- mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau diasingkan dari orang Islam
- mereka tidak dijadikan hamba untuk orang Islam
- mereka tidak dihalang dari mengikut kepercayaan mereka.
- mereka tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam
- mereka boleh terlibat dalam pekerjaan yang sama dengan orang Islam seperti bekerja di bank dan urusan jual beli emas dan perak.
- mereka juga boleh bekerja di sektor-sektor awam
Mezquita merupakan bukti kegemilangan pemerintahan Islam di Cordoba dalam bidang seni bina. Mezquita ini dibeli dari gereja dan kerja-kerja pengubahsuaian bermula pada tahun 784 M dan dari tahun ke tahun mezquita semakin membesar. Mezquita juga merupakan masjid terbesar di eropah dan kedua terbesar di dunia Islam. Senibina Mezquita di bahagian gerbangnya telah diadaptasikan dalam gereja-gereja lain di eropah.
Madina Zahra
Pada tahun 936, Abdur Rahman III mengambil keputusan untuk membuka satu bandar lain. Bandar Madina Zahra dibina 8 km dari Cordoba di kaki Sierra Morena . Nama itu diambil sempena nama isterinya Azaharah. Malangnya kegemilangan nya hanya singkat apabila hancur diserang askar Berber sepanjang 1010 hingga 1013. Sekarang yang tinggal hanya lebih kurang 1 persepuluh bahagian sahaja untuk dijadikan tatapan pelancong, itu pon sudah hancur.
Kejatuhan Cordoba
Kejatuhan kekhalifahan Cordoba adalah disebabkan perang saudara antara 1009 hingga 1013 dan akhirnya hancur pada tahun 1031 M.
Sebelum kejatuhan Cordoba, kerajaan Andalus telah pon terpecah dalam negara-negara kecil (Taifah) yang berpusat di kota-kota tertentu, antaranya Toledo dan Granada. Taifah-taifah ini mula bersaing antara satu sama lain untuk menjadi lebih hebat. Namun beberapa dari taifah2 ini sangat lemah dan tidak dapat menghadapi serangan2 dan permintaan dari kerajaan Kristian dari utara dan barat.
Toledo
Toledo antara Taifa yang masih terus membangun selepas kejatuhan Cordoba. Toledo telah banyak memberikan sumbangan terhadap gerakan pemikiran dalam kebudayan Islam. Selain itu Toledo sangat hebat dalam bidang astronomi.
Kejatuhan Toledo
Pada bulan Safar tahun 487 H. / 1085 M. Alfonso VI, raja Castile berjaya menakluki Toledo. Dengan jatuhnya ke tangan Castile ini bererti Toledo telah jatuh ke tangan Tentera Salib. Usaha untuk merebutnya kembali telah beberapa kali dilakukan tetapi semuanya gagal
Kawasan-kawasan lain juga satu persatu telah jatuh ke tangan tentera Kristian.
———————————————————————————————————————Kisah di tempat lain Kerajaan Abassiyah yang berpusat di Baghdad
Baitulmaqdis
Dalam masa yang sama pada tahun 1095 berlaku perang salib 1 di Baitulmaqdis. Perang salib ini adalah kempen perang atas dasar agama oleh orang Kristian untuk mendapatkan Baitulmaqdis dan kawasa sekitaranya serta Constantinople (Istanbul). Dalam perang salib pertama, tentera Kristian berjaya menawan Baitulmaqdis.
Kemudiannya pada tahun 1137, panglima perang Islam iaitu Salehuddin Al Ayubi dilahirkan dan beliau berjaya menawan Baitulmaqdis semula pada tahun 1187.
Pada tahun 1218-1221 tentera Monggol telah menakluki Mesir dan pada tahun 1258 Tentera Monggol telah menyerang Baghdad dan kerajaan Abassiyyah akhirnya jatuh.
Kisah-kisah ini inshaAllah akan di ceritakan kemudian.
————————————————–——————————————————————————
Kerajaan Granada
Sisa-sisa umat Islam di Andalusia itu masih dapat bertahan dan bangun kembali di Granada, di bawah dinasti Bani Ahmar (1232-1492). Peradaban kembali mengalami kemajuan seperti di zaman Abdurrahman an-Nasir. Akan tetapi, secara politik, dinasti ini hanya berkuasa di wilayah yang kecil. Universiti Granada dan Istana Al Hambra yang termasyhur itu pun dibangun walau di tengah ancaman tentara musuh. Alhambra boleh dikatakan seperti istana dalam fairy tale bagi mereka yang tidak pernah melihatnya pada masa itu. Senibina Alhmbra memerlukan kepakaran matematik yang tinggi dan seni ukir yang tinggi.
Alhambra
—————————————————————————————————————————
Kisah di tempat lain Kerajaan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1260M merupakan kebangkitan semula kerajaan Islam (Bani Mamluk) selepas mereka berjaya menewaskan tentera Monggol semasa peperangan di Ain Jalut dan tertubuhlah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Constantinople juga berjaya ditawan kembali oleh orang Islam bawah pimpinan Muhammad Al Fateh pada tahun 1453M.
Kisah ini juga akan diceritakan pada masa lain, inshaAllah.
—————————————————————————————————————————————————–
Setakat kisah ini, kerajaan Islam yang semakin mengecil di Andalus masih ada bakinya di Granada.
Kejatuhan Granada
Kekuasaan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Spanyol ini berakhir karena perselisihan orang-orang istana dalam memperebutkan kekuasaan. Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya karena menunjuk anaknya yang lain sebagai penggantinya menjadi raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kekuasaan. Dalam pemberontakan itu, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdenand dan Isabella untuk menjatuhkannya. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan penguasa yang sah dan Abu Abdullah naik tahta. Tentu saja, Ferdenand dan Isabella yang mempersatukan dua kerajaan besar Kristen melalui perkawinan itu tidak cukup merasa puas. Keduanya ingin merebut kekuasaan terakhir umat Islam di Spanyol. Abu Muhammad Abdullah IX tidak kuasa menahan serangan-serangan orang Kristen tersebut dan pada akhirnya mengaku kalah. Akhirnya keemasan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.
Umat Islam setelah itu dihadapkan kepada dua pilihan, masuk Kristian atau keluar dari Sepanyol. Umat Islam pun terusir dengan pedihnya dari bumi Andalusia. Hanya yang mau meninggalkan Islam (murtad) yang boleh tinggal. Yang tetap beriman kepada Allah bersama Raja Abu Muhammad di persilahkan naik ke kapal dan berlayar menuju Afrika Utara menyeberangi Selat Gibraltar. Kalau dulu Tariq menyeberanginya dengan kepala tegak penuh semangat dan optimis, namun Abu Muhammad berlayar dengan sedih dan menundukkan kepala dengan penuh keaiban. Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Baik Cordoba maupun Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di daerah ini.
Namun Alhambra tidak dihancurkan oleh orang Kristian, mungkin kerana tidak sanggup. Alhambra merupakan peninggalan terhebat menunjukkan kegemilangan pemerintahan Islam di Sepanyol.
Jangan lupa juga untuk menonton sendiri video-video dokumentari Kerajaan Islam di Andalus di nasyid-online.com. Ada banyak lagi kisah-kisah yang menarik :)
6 coretan:
Assalamualaikum ukhti...
Sy sgt suka entry ini... ^_^
asssalamualaikum...blh saya tau awk guna ku pe sebagai rujukan..?
asssalamualaikum...blh saya tau awk guna buku pe sebagai rujukan..?
salam..saya enjoy btol biler baca blog ni.load of information.byk membntu saya memahami sejarah islam di spain since saya baru jer ziarah cordoba n granada..kalo tak keberatan,saya nak letak sket info dalam blog awak dlam blog saya..tq
salam..syukran ats info..
mohon copy..
jazakumullah for this entry,insyaAllah akan ke bumi Andalusia hari ini untuk melihat sendiri tinggalan kegemilangan umat islam suatu masa dahulu
Post a Comment