6 Dec 2009

Interaksi dengan Al Quran





Kenapa kena kenal dan tahu Al-Quran?

Untuk memahami Islam dengan tepat seseorang itu perlu mengenali agama Islam itu sendiri dan bukannya belajar mengenai orang yang beragama Islam kerana tidak semua orang yang beragama hidup seperti yang disyariatkan dalam alquran. Cara untuk memahami Islam itu adalah dengan memahami isi Al Quran.

Persoalannya sekarang mengapa orang Islam tidak hidup seperti yang ditetapkan dalam Al Quran sedangkan Al Quran itu ibarat manual untuk kehidupan orang Islam. Ini terjadi kerana rata2 membaca Al Quran tanpa isinya masuk ke dalam jiwa sendiri. Apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu kembali kepada Allah. Al Quran bukan dibaca berulang kali hanya bagi memastikan tajwid kita sempurna tetapi untuk memahami apakah yang Allah katakan kepada kita dan apakah yang Allah suruh kita lakukan di dunia ini. Apabila Al Quran itu tidak masuk ke dalam hati dan tidak mempengaruhi kehidupan kita, masalahnya itu dari Al Quran ataupon dari kita sendiri?

Contohnya: Kita mempunyai biji benih yg baik dan kemudiannya campak ke atas tanah, namun biiji benih itu tidak menjadi pokok yang diharap. Mengapa? Kerana tanah yang kering .Samalah juga kita dan Alquran . Kita mempunyai manual kehidupan yang lengkap namun kita tidak menggunakannya dengan sebaik mungkin . Ini berlaku kerana kita tidak mempunyai persediaan yang baik untuk menerima Al Quran. Sekarang kita mahu al Quran ini mengubah kehidupan kita dengan cara kita memahami isi Al Quran seterusnya kita dapat amalkan apa yang ada dalam al Quran


Cara untuk berinteraksi dengan Quran
1) Ubah mindset 


Kita perlu merasakan bahawa al Quran ditujukan kepada kita. Dalam terjemahan, banyak yang kita jumpa ayat "wahai(muhammad)", dan jika kita hanya membaca seperti dalam terjemahan itu, kita tidak dapat merasakan bahawa ayat2 al Quran itu ditujukan kepada kita.

Contohnya: Ada 2 orang kawan baik iaitu siti dan nur yang tinggal jauh dari suami masing2. Siti mendapat surat dari suaminya yang berbunyai "wahai siti, abg sangat cinta padamu.....abg rasa beruntung sangat mendapat isteri yang solehah macam siti........" siti sangat tersentuh apabila membaca surat tersebut. Cuba fikir bagaimana jika nur yang membaca surat itu? Sudah tentu nur tidak akan merasakan apa2 kerana surat itu bukan ditujukan kepada nur.

Jadi kita juga apabila membaca al Quran, kita kena ubah mind set kita bahawa ayat2 al Quran ini merupakan ayat2 cinta Allah kepada kita.

2)Belajar Arab


Mula2 kita perlu tahu kenapa al Quran diturunkan dalam b.arab dan bukan bahasa2 yang lain. Bahasa2 lain hanya boleh difahami melalui intonasi tetapi bahasa arab boleh difahami tanpa intonasi. Al Quran itu tidak boleh bercakap seperti kita, jadi mustahil al Quran boleh memberi intonasi kepada kita jadi sesuailah al Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab. Kita yang membaca pon tidak perlu confius samada ayat tersebut ayat penyata, soal, arahan biasa, arahan kuat kerana tanpa intonasi, sudah dapat diketahui jenis ayatnya.

Selain itu bahasa Arab mempunyai kosa kata yang sangat luas serta mampu menampung informasi yang padat dalam huruf2 yang singkat. Bahasa lain memerlukan ayat yang panjang untuk menerangkan satu ayat dalam bahasa Arab. Jadi kita perlu berusaha untuk belajar bahasa Arab supaya kita lebih faham dan terasa bacaan tu dekat di hati seterusnya kita tidak begitu bergantung pada tafsiran. Namun pembelajaran bahasa Arab tidak boleh hangat2 tahi ayam saje, kerana kita mungkin akan terlupa nanti.

3)Baca quran dgn hati.

Otak kita boleh berfikir dan memproses sesuatu data namun otak tu hanyalah untuk timbang tara sahaja yang memberitahu kita "buat macam ni yang baik, buat yang ni yang buruk"..namun akhirnya hati kita juga yang membuat keputusan. Kadang2 hati kita tidak mengikut apa yang diproses oleh otak. Inilah sebabnya kita tetap melakukan dosa walaupon kita tahu ianya berdosa.

Cuba kita tengok sirah.Al Quran diturunkan dalam golongan orang Arab yang buta huruf dan tidak berpelajaran, ini bermakna al Quran ini diturunkan kepada hati dan perasaan. Jika Al Quran diturunkan untuk otak memang tidak sesuai kerana tidak semua orang berpelajaran.

Kalau kita belajar dengan lebih mendalam isi al Quran banyak lagi kita boleh dapatkan dari Al quran seterusnya mendekatkan diri pada pencipta kita. Jika kita membaca al Quran dgn hati, inshaAllah kita akan dapat apa yang Allah mahu berikan kepada kita sebenarnya kerana al Quran bukan hanya dibaca untuk mendapat ilmu.

Badan kita dicipta dari bumi jadi apabila kita sakit ubatannya juga dari sumber2 bumi. Roh kita datangnya dari langit, apabila roh(jiwa) kita sakit seperti depresi, sakit hati, cara untuk mengubatinya bukan cara shopping, tengok tv tetapi dengan sesuatu dari langit mcm solat, membaca al Quran dan sebagainya.

4)Tahu sirah penurunan al Quran


Kita perlu memahami sejarah penurunan Al Quran supaya kita lebih tersentuh dan feel apabila membaca al Quran. Ayat-ayat al Quran diturunkan sedikit demi sedikit berdasarkan apa yang berlaku pada masa itu.
Jika al Quran itu turun sekali gus memang susah nak memberi kesan kita manusia. Contoh: Satu manual persekolahan dibuat untuk lisa, salah satunya "jangan tido dalam kelas", tapi lisa belum pernah tido dalam kelas se masa lisa membacanya, jadi takde kesan lah.

Sirah juga perlu di baca dengan hati, bukan fakta serta dibaca seperti sebuah novel supaya kita seronok untuk mengetahui apa yang terjadi seterusnya.

Pengisian Usrah 06.12.09

3 coretan:

rawaidah on 6 December 2009 11:56 said...

tq huda :)

Mimiamilia on 11 December 2009 05:19 said...

Jzzklh Huda..nice one! boleh jadi naqibah lepas ni :)

huda on 12 December 2009 00:07 said...

owhh, nak jadi naqibah tu masih jauhlah k.mimi.. ilmu masih sikit...:)tapi insya Allah, berusaha ke arah itu.

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino