14 Nov 2011

Mubasyirin bil Jannah : 10 Sahabat dijamin Syurga


Salam semua,
dah lama blog Wihdah ni sunyi sepi. Assif sebab membiarkan nya sepi. InsyaAllah saya akan cuba menyerikannya semula. Sebagai permulaan, mari kita kenal 10 Sahabat yang
dijamin Syurga :)




Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH“ dari sahabat Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah ra dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar kabar gembira?” Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat kabar gembira masuk surga, yaitu : Ayahmu masuk surga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk surga dan kawannya Nuh; Utsman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya;
Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk surga dan kawannya adalah
Ismail; Sa’ad masuk surga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk surga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk surga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah
ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”


Seiring dengan usrah Mariam Humairah, saya akan catatkan serba sedikit mengenai 10 sahabat ini setiap minggu. InsyaAllah kita mula dengan

Zubair ibn Al Awwam

Latar Belakang:
  • Ayah : Al Awwam ibn Khuwailid
  • Ibu : Saffiyah binti Abdul Mutalib
  • Abang ipar Rasullulah ( Isteri beliau Asma binti Abu Bakar As-Siddiq ialah kakak Aishah isteri Nabi)
  • Anak saudara Rasullulah ( Isteri Nabi Khadijah ialah ibu saudara beliau)
Keluarga Zubair adalah keluarga pedagang. Namun Ayah beliau wafat ketika Zubair masih kecil. Oleh itu beliau dijaga oleh ayah saudara nya Nawfal ibn Khuwayled.


Ibu beliau ingin Zubair membesar menjadi seorang yang berani dan bijak. Suatu peristiwa, Nawfal terlihat ibu Zubair memukul anaknya, oleh sebab prihatin, dia mengadu hal itu kepada ketua puak mereka dan Saffiyah menjawab :

" Adalah tidak benar sama sekali bahawa aku memukul anak ku atas sebab benci dan musuh. Tetapi adalah atas sebab aku mahu membantu Zubair membesar sebagai seorang yang bijak."

Namun setelah memeluk Islam, Nawfal yang jahil membenci anak saudaranya dan bertindak mendera Zubair supaya beliau kembali kafir. Namun Zubair, yang telah bersaksi dengan agama Allah, berjanji tidak akan berpaling tadah.


Peribadi :

Zubair memeluk Islam melalui Abu Bakar As-Siddiq ketika beliau berumur 15 Tahun.

Antara hobi Zubair ialah berpuisi dan menunggang kuda. Dengan izin Allah, ternyata kedua-dua aktiviti ini banyak manfaat nya kepada Zubair dan umat Islam.

Dengan puisi, ia menggalakkan Zubair untuk belajar membaca dan menyebarkan dakwah. Kaum Arab sangat berminat dengan puisi dan kebanyakkan daripada mereka adalah buta huruf.
Oleh kerana minatnya menunggang kuda pula, Zubair sangat mahir berperang dan digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Dikatakan oleh golongan Arab, hanya terdapat dua manusia yang sangat mahir berpedang dengan kedua tangan nya sambil menunggang kuda. Dua orang itu ialah Khalid Al Walid dan Zubair Al Awwam. Dikatakan juga, Zubair adalah orang yang pertama berani menghunuskan pedang beliau demi Islam.


Suatu peristiwa, Zubair terdengar kaum Musyrikin ingin membunuh Rasullulah. Dengan segara Zubair mengeluarkan pedang nya dan ingin mengugut Kaum Musyrikin di pasar. Namun orang yang pertama terserempak dengan beliau ialah Nabi sendiri. Nabi bertanya hala tujuan Zubair dan setelah mendapat jawapan, Baginda tersenyum dan bersabda :
" Setiap rasul mempunyai teman, dan teman ku ialah Zubair."

Zubair sering dilihat bersama-sama dengan Rasulullah. Suatu peristiwa, Zubair berjaga malam untuk menghalau lalat dari muka Baginda ketika Nabi tidur. Apabila Nabi terjaga, Baginda bersabda "Aku akan melindungi mu dari percikan api neraka di akhirat nanti."

Zubair juga dikenali dengan keberanian beliau. Ketika Perang Uhud, pemegang bendera musuh, telah mencabar pihak Islam untuk berlawan satu sama satu. Setelah tiada yang menawarkan diri, Zubair mara ke hadapan dan bersetuju menentang si pemegang bendera. Oleh kerana kemahiran beliau, Zubair berjaya menundukkan musuh dan memancungnya.


Wafat:

Zubair wafat ketika Perang Jamal. Selepas Saidina Ali diangkat menjadi khalifah, Aishah mengajak Talhah dan Zubair bertemu dengannya. Oleh kerana perselisihan faham, telah berlaku peperangan antara kedua pihak. Selepas dinasihati Khalifah, Zubair keluar dari medan peperangan dan pergi menunai kan solat sunat. Namun, beliau dibunuh oleh kaum pembelot, pada umur 64 tahun.

~~~~~


*Gambar hanyalah sekadar hiasan.




1 coretan:

Unknown on 13 May 2015 at 02:33 said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino