1 Dec 2010

Bersosial: Di mana had aku dan kamu?


Kuliah Online 29 November 2010 Ustaz Erfino Johari, Atache Pendidikan MSD UK Eire

3 Keadaan yang dibenarkan untuk bersosial.

1. Kepentingan atau Kecemasan yang dituntut oleh Syarak
Contohnya ketika kemalangan di tempat awam, jika terdapat seorang wanita yang dilanda kecelakaan, maka wajiblah lelaki di sekelilingnya menolongnya. Ini tidak khusus untuk Muslimah sahaja, malah tidak kira agama atau bangsa.

" Jika ada wanita yang tercalar maruah nya di tempat awam, haruslah ke atas lelaki yang berhampiran untuk memberi bantuan. Dari sifat malu yang dituntut, pergaulan itu menjadi perlu. Gunakan deria mata, telinga, dan lain yang diperlukan untuk menjaga nyawa. " Imam Nawawi.

2. Keingingan atau Hajat yang memerlukan Bantuan.
Contoh situasi :Seorang wanita mempunyai barang belian yang berat. Dia boleh bertanya kepada lelaki lain untuk meminta pertolongan mengangkat barang tersebut.
Jika dalam sesuatu keadaan di mana kemahairan pihak berlainan jantina di perlukan, kita boleh berhubungan dengan pihak itu tetapi dengan syarat kita mampu menjaga adab dan akhlak masing-masing. Kita harus bersikap professional dan tidak berlebih-lebihan.
Contoh lain adalah muamalat. Ketika berjual-beli, kita tidak dapat mengelak jika penjual itu berlain jantina daripada kita.

3. Perjumpaan untuk mengdengar Peringatan dan Panduan.
Ceramah agama dan Usrah adalah dibenarkan untuk para Muslimin dan Muslimat berkumpul di bawah bumbung yang sama. Tetapi jika terdapat perjumpaan lain haruslah diteliti tujuan dan ciri-ciri pertemuan itu. Jika objektif nya untuk maksiat, walaupun di buat di dalam masjid sekalipun, haruslah dijauhi!


Trivia

1. Di waktu kehidupan Rasullulah s.a.w. ,baginda sering bergaul dengan umat Islam yang lain. Tanpa kira jantina ataupun agama, tetapi baginda juga sering dilihat sebagai seseorang yang malu. (Malu dalam konteks kurang beri exspressi dan tidak vocal ) Semuanya bergantung pada tempat dan keadaan sekeliling.

2. Ada suatu kejadian di mana Rasullulah s.a.w dijemput untuk menghadiri Tarian Pedang yang dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki. Baginda turut menjemput Aishah untuk menonton bersamanya.

3. Ketika Rasullulah s.a.w. menghadiri suatu Perkahwinan, baginda dilayan oleh ibu kepada pengantin.

4. Selepas selesai solat di masjid, dalam perjalanan pulang, Rasullulah terlihat sekumpulan wanita di tepi jalan tanpa mahram masing-masing. Baginda menasihati mereka supaya bersedekah.



Soal jawab dan Ulasan.

1. Bolehkan kami menari ketika Malaysian Night?
Tujuan dan ciri-ciri Tarian itu perlu selaras dengan Syarak. Jika tujuan nya membantu dalam Dakwah, tetapi pakaian nya tidak menutupi aurat, sebolehnya dijauhi.

2. Saya pelajar lelaki yang mampunyai kereta. Bolehkan saya menumpangkan kawan sekelas perempuan?
Jika hanya seorang, lebih baik tidak. Tetapi jika lebih bilangan nya boleh. Anggap sahaja seperti dalam kenderaan awam. Tata tertib masih perlu dijaga!

3. Bolehkah bakal suami bertemu dengan bakal isteri?
Sebolehnya ditemani dengan mahram yang sudah berkahwin. Jika tidak, gunakan kelebihan teknologi yang ada di hujung jari.



p/s- Ini catatan sahaja. Bukan seluruh kuliah. Banyak yang tertinggal. Kalau salah dan silap harap dimaafi. Moga dapat dimanfaatkan bersama.
p/p/s- Style typing macam ustaz pulak, hehe sorrrry! Much love.

2 coretan:

rawaidah on 1 December 2010 at 09:15 said...

Trmkasih banyak2 azwa :) peringatan buat diri akak & kita semua..

farah s said...

danke azwa :DDD. hari tu dpt dengar semua, tp x sempat catit. ni sgt membantu :).

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino