Alhamdullilah selesai sudah program kita di Bingen yang di plan oleh Masulah dengan kerjasama geng2 Wihdah. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kita kenal karakter masing2, yang selama ni dengar suara saja kat skype. Alhamdulillah Allah pertemukan kita juga dengan geng2 selain Wihdah. Walaupon kita hanya sempat recap ISK, SH dan cover Wahai Pemuda, tapi yang paling penting, semua nya itu dapat dihadam oleh kita semua.
Gambar ni masa recap ISK dan SH.
Program sebegini sekali sekala sangat penting untuk mengubati hati dan menaikkan semangat kita untuk terus berjuang ke jalan Allah dan mencari jalan ke syurga yang semestinya menjadi idaman setiap muslim.
Terima kasih kepada chef2 semua yang menyediakan makanan sedap2 sepanjang program di sana. Macam2 menu ada.
Yang ni menu sarapan. Selain tu adalah menu ayam bakar, ayam masak lemak cili api dan ayam masak merah. Gambar2 menu lain tak sempat diambil, sebab lapar sangat kot masa tu.
Si comel Izzah yang memeriahkan suasana.
Jalan2 di ladang anggur Bingen yang tenang dan permai seperti pulang ke kampung halaman. Walaupon sejuk pagi2 tu tapi tetap juga best.
Kek Birthday Ilham yang dibuat khas oleh K.Mimi. K. Mimi selalunya bake masa stress, harap2 kali ni k.Mimi buat kek bukan sebab stress dengan kami :)
Yang ni pula masa jalan2 di Rüdesheim, yang berada di seberang bandar Bingen. Kat Rüdesheim ni boleh naik cable car ke puncak nya.
Lepas jalan2 ke Rüdesheim ni, seorang demi seorang pulang ke tempat masing-masing. Geng2 Wihdah yang masih ada melawat K.Na dan keluarga di Idstein keesokan harinya. Perjalanan ke Idstein ni memang rasa macam balik ke kampung kerana kawasannya yang sangat damai dan tenang.
Pemandangan dari rumah K.Na
Pengat pisang special yang disajikan keluarga K.Na. Sebelum tu kami disajikan nasi berlauk kari ayam, telur, sambal belacan, budu dan keropok keping. Memang sangat membuka selera. Terima kasih diucapkan kepada keluarga K.Na.
Esoknya kami berkelah pulak kat Bad Münster. Wahhh dah lama tak picnic kat sungai sebenarnya ni. Seronok sangat, ditambah pula dengan bihun goreng Ilham dan Nisa yang sedap, cupcake Rawaidah yang sedap, sandwich yang sedap. Semuanya sedap lah.
Kami ingat lepas makan ni, nak naik bot kat sungai tu, tapi tak boleh sebab arus deras. Takpelah, takde rezeki lah tu.
Aktiviti makan aiskrim. Cuba teka, siapa punya yang paling kecik tu ;)
Petang tu, Nisa n K.Mima pula balik ke tempat masing2 dan berakhirlah program kami di Bingen. Semoga ukhwah kita terus terjalin. Marilah kita sama2 berusaha menjadi orang yang membuat sejarah, dan bukan orang yang hanya melihat sejarah. InshaAllah. Jumpa nanti di Berlin!
3 coretan:
thanx huda..for the entry..
sgt best n complete sume aktiviti kitee..
aler..nk pg gak yg kt berlin tu.ni tgh cr tiket plg murah..
doakan2la ye dpt jumpe lg..
huuhuh..
waaa....
nape mun x tahu pon cerita ending tu ye?? huhu.. comel nye tgk mufin sume tu..
hu~~ harap rindu terubat time bulan may nnt... ^_^
-curik account housemate-
hehhe..comelnye mun..nti wt account sndiiri yer..
Post a Comment