Dulu-dulu saya tak minat buah zaitun ni sampailah kena paksa, baru saya cuba. Kena makan habis 1 tin pulak tu. Tapi bila dah cuba, sedap pula. Kadang-kadang boleh habis 1/3 tin sekali makan.
Minyak nya pula saya selalu guna untuk masak sebab memberikan aroma kepada masakan dan mengikut kajian, minyak ni elok untuk kesihatan . Kalau bakar ikan guna minyak olive, ya Allah, wangi nya. Memang sedap.
Beberapa hari lepas, baru saya perasan yang Allah dah ceritakan pada kita dalam Quran pasal minyak zaitun yang Allah sediakan untuk kita sebagai penambah selera. Menarik kan.
Dan (Kami tumbuhkan) pohon(zaitun) yang tumbuh dari Gunung Sinai, yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan.
Al-Mu’minun (23:20)
Dalam surah At-Tin pula, Allah bersumpah atas nama buah zaitun. Ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa mengenai buah zaitun. Bukankah setiap perkara yang Allah bersumpah itu, ada kepentingan, keistimewaan kepada manusia?
Demi buah Tin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini .
At-Tin (95:1-3)
Dalam penjagaan kesihatan pula, banyak produk yang menggunakan minyak zaitun sebab kajian saintifik telah mengakui akan keistimewaan zaitun dalam penjagaan kulit, rambut dan badan kita. Subhanallah.
Sayangnya Allah pada hambaNya, disediakan pelbagai kemudahan kepada kita di dunia ini untuk melaksanakan tugas utama kita iaitu beribadah kepada Allah. Namun dengan nikmat yang tidak putus-putus ni, makin dekatkan diri kita kepada Allah? Atau kita terus menerus mahu menjadi hambaNya yang tidak reti untuk berterima kasih?
Moga-moga kita semua sentiasa Allah berikan hidayah dan petunjuk agar kita tidak tergelincir dari jalan yang Allah redhai. Amiin
----
Lepas ni, bila guna minyak olive, inshaAllah kita akan teringat ayat ni dan syukurlah kita kepada Allah.
Sesiapa yang kurang gemar makan olive, bolehlah cuba-cuba selalu.
~huda~
3 coretan:
tak pernah mkn buah zaitun.. teringinnye nak makan...
kak izfa suka makan buah zaitun huda :)lepas ni nak biasakan makan buah tin plak :)
salam.. memang banyak manfaat zaitun ni.. buah zaitun selalu org buat jeruk. jarang org makan mcm tu.. minyak zaitun org letak dalam makanan.. utk salad dsb.
minyak zaitun pun bagus tuk kesihatan.. perubatan guna minyak zaitun sejak dulu lagi.. minyak zaitun mmg punya khasiat tersendiri...
Post a Comment