- Ayah : Al Awwam ibn Khuwailid
- Ibu : Saffiyah binti Abdul Mutalib
- Abang ipar Rasullulah ( Isteri beliau Asma binti Abu Bakar As-Siddiq ialah kakak Aishah isteri Nabi)
- Anak saudara Rasullulah ( Isteri Nabi Khadijah ialah ibu saudara beliau)
14 Nov 2011
Mubasyirin bil Jannah : 10 Sahabat dijamin Syurga
13 Apr 2011
Aqsa Syarif Hannover 2011
24 Mar 2011
Mus'ab Bin Umayr
Beliau adalah seorang yang sangat suka kepada pakaian yang indah,mahal dan kemas....Tiada pemuda di Makkah yang lebih kacak daripada Mus'ab bin Umair.Tidak ada orang yang mendapat kasih makanan,minyak wangi,pakaian,kasih sayang dan cinta ibu bapa lebih baik daripadanya.Dia adalah buah mulut setiap gadis di Makkah pada waktu itu...Dia menjadi kegilaan ramai gadis-gadis...Semua menyimpan angan-angan untuk menjadi isterinya...Tambahan lagi,Mus'ab adalah anak kesayangan ibunya ...
Mus'ab dikatakan mempunyai sepasang mata biru..Dia dan kawan-kawannya bahkan suka bersaing,siapa yang kelihatan paling lawa atau kacak....Pasti kita dapat membayangkan betapa sungguh charming Mus'ab bin Umair ini,mungkin kita juga akan terpikat dengannya jika kita tinggal sama waktu dengannya..sehingga saat in saya berasa sangat kagum dengan Mus'ab bin umair ini....
Walaupun dia adalah anak yang dimanjakan,apa sahaja yang dimintanya pasti akan dipenuhi,dia adalah seorang yang penuh dengan kebijaksanaan dan rasional...Tibalah suatu hari,di mana,di Makkah,siang berganti malam,malam berganti siang,semua orang sibuk bercakap mengenai Nabi Muhammad S.A.W....Bercakap mengenai Nabi adalah pembawa berita gembira dan pemberi amaran,yang memanggil semua orang agar menyembah Allah yang Maha Esa...Mus'ab sangat tertarik dengan cerita ini...Dia adalah antara pendengar yang sangat menumpukan perhatian terhadap semua cerita-cerita mengenai Nabi Muhammad...Dalam hati dia ada minat terhadap apa yang Nabi bawakan...
Dan dia dapat tahu,bahawa Nabi dan sahabat-sahabat akan bertemu jauh daripada pembesar dan bangsawan Quraish,mereka akan bertemu di As Safa,di rumah Al Arqam bin al Arqam....Dengan penuh rasa berdebar-debar,Mus'ab pun pergilah pada suatu malam ke sana....Dengan susah payah dia mencari tempat duduk dan cuba memahami ...Di sana dia melihat Rasulullah memperdengarkan bacaan Al quran kepada sahabat-sahabat dan mereka solat bersama-sama...Pada saat ini,Mus'ab berasa hatinya telah mendapat apa yang diinginkannya....Dia hampir-hampir bangun daripada tempat duduknya kerana terlalu gembira.....Lagi menggembirakan apabila,Rasulullah meletakkan tangannya yang penuh rahmat itu ke atas jantung Mus'ab yang berdebar-debar.....Bila Rasulullah membaca al Quran,Mus'ab dapat merasa ketenangan lautan yang dalam mengisi hatinya...
Tidak ada perkara yang lagi teruk kepada Mus'ab selain jika terpaksa bergaduh dengan ibunya sendiri....Dia tidak kisah,jika Mekah dan isi2 berhala dan pembesarnya semua menentangnya,dia akan menentangnya....Tapi untuk menentang ibunya sendiri?Ibunya pula amat diketahui umum,bahawa dia mempunyai personaliti yang sangat kuat...Oleh itu,Mus'ab mengambil keputusan untuk merahsiakan keislamannya,selagi Allah mahukannya begitu.
Namun,pada waktu ini di Mekah,semua rahsia tidak kekal lama...Dimana-mana ada mata dan telinga orang Quraisy..Setiap tapak kaki di pasir yang panas itu akan diperiksa....Uthman bin Taiha telah melihat Mus'ab sentiasa memasuki rumah al arqam....dan untuk kali kedua,Uthman telah nampak Mus'ab telah bersolat sepertimana Nabi melakukannya....Apa lagi,berlari Uthman ke rumah ibu Mus'ab,dan memberitahunya....
Kerana sifat keibuannya,ibunya tidak memukulnya tapi hanya mengurung dan mengikat dia di dalam rumah.
Mus'ab mendapat berita mengenai hijrah ke Habsyah,dan dengan kebijaksanaannya dia berjaya melepaskan diri.Dia kembali ke Mekah semula dan berhijrah kembali ke Habsyah atas nasihat Rasulullah...Satu hari,sekembalinya dia ke Mekah,dia keluar dan duduk bersama-sama sahabat Nabi dan Nabi....Sahabat-sahabat nabi hanya menundukkkan kepala dan menangis apabila melihat Mus'ab....Mus'ab,dahulunya mereka sangat biasa melihat Mus'ab berpakaian indah,yang baunya indah semerbak,yang sangat elegant dan kacak.Tapi,pada hari itu,dia memakai worn out garments dan kelihatan orang yang sangat biasa.
Kemudian,Rasulullah melihatnya dengan mata yang penuh kebijaksanaan,syukur dan penuh kasih sayang," Aku melihat Mus'ab dulu di sini,tiada pemuda di Mekah yang lebih dimanjakan daripada Mus'ab,tetapi dia meninggalkan itu semua kerana cintanya kepada Allah dan Rasulnya."
Ibunya cuba memisahkan Mus'ab dari semua kemewahan setelah dia tidak berjaya mengeluarkan Mus'ab daripada Islam...Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika ibunya cuba mengurung kembali anaknya.Tapi Mus'ab berkata,dia akab bunuh semua yang cuba datang untuk tolong ibunya mengurungnya...Dia tahu kesungguhan kata-kata anaknya,dan dia mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya sambil menangis.Bila dia bercakap kepada anaknya,Pergi,kamu bukan lagi anakku,Mus'ab datang kepadanya wahai ibuku,saya menasihati ibu dan hati saya sentiasa bersama ibu...,"tolong bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".Ibunya menjawab dengan sangat marah "Demi bintang,Aku takkan masuk agama kamu hanya untuk merendahkan statusku dan melemahkan pendirianku".
Dengan itu,Mus'ab meninggalkan kemewahan yang dia telah biasa dengannya.....Baginya,dia puas hati dengan kesukaran yang dia tempuhi,memakai pakaian yang kasar lagi buruk,terpaksa berlapar.....Semangat ini datang daripada iman yang mantap,yang dihiasi oleh cahaya daripada Tuhannya,yang membuatkannya menjadi seorang lelaki yang lain,mempunyai daya penarik kepada mata pemilik jiwa besar yang lain......
Dipendekkan cerita,Mus'ab bertanggungjawab menyediakan Madinah sebagai tempat hijrah...Beliau memenangi hati ramai orang Madinah...Saat dia ditugaskan kesana,hanya ada 12 orang yang menjanjikan taat setia kepada Rasulullah s.a.w..Tapi musim haji seterusnya,beberapa bulan selepas itu,dia membawa 70 orang muslim datang berjumpa Rasulullah....Adanya 8000 orang Islam menyambut Rasulullah s.a.w di Madinah ketika peristiwa hijrah,itu adalah kerana Mus'ab bin Umair.....
Beberapa masa berlalu...Kekalahan orang kafir Quraisy dalam Perang Badar menyebabkannya mereka ingin balas dendam dalam perang Uhud....Dipendekkan cerita,Mus'ab bin Umair jadi pemegang bendera....Dan Mus'ab nampak satu situasi yang bahaya depan matanya,musuh-musuh fokus untuk membunuh Rasulullah s.a.w....Mus'ab pun,seperti singa yang sedang mengaum,melaungkan," Allahu akhbar!!!" Dia berpaling dan melompat ke kanan dan ke kiri dan membunuh musuh.....Apa yang dia inginkan adalah perhatian musuh,agar dapat mengalihkan perhatian musuh daripada Rasulullah....Dia melawan musuh,seolah-olah dia adalah seluruh kumpulan tentera....Dia melawan,dengan sebelah tangan mengangkat panji Islam,dan sebelah tangan lagi memegang pedang...Namun musuh telah mengelilinginya dengan berlipat ganda,mereka ingin melangkah mayatnya sebelum mereka dapat mencari Rasulullah...
Dan saat-saat terakhir sebelum kematiannya.....
Ibn Qumaah adalah seorang penunggang kuda....Dia melibas tangan kanan Mus'ab dan terputuslah tangan kanannya,lalu Mus'ab berkata"Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul."
Maka dia menyambut panji Islam dengan tangan kirinya..Dan bertambah marahlah Ibn Qumaah mendengar Mus'ab berkata demikian,lalu dia melibas tangan kiri Mus'ab...Mus'ab berkata " Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul."
Lalu Mus'ab menyambut bendera tersebut dengan kedua-dua lengannya yang kudung.
Kemudian,dia ditikam dengan tombak dan tombak itu pun menembusinya.Maka gugurlah Mus'ab sebagai syuhada di perang Uhud.
(ab hier ayat copy paste)
Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:
"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu."
Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.
Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan.
Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.
23 Mar 2011
Jaulah Andalus.Granada.9 Mac 2011
Kami bertolak awal dari Cordoba pada hari itu. Pada pagi itu di Cordoba,seperti biasa kami solat subuh berjemaah dan membaca al-Mathurat bersama-sama. Kak Farah dan Kak Izfa telah berjasa menyiapkan sarapan pagi kami untuk hari ini iaitu roti tuna. Kalau tidak salah saya, kak Izfa telah membeli sotong yang sedap dalam tin di Morisson Gibraltar. Sotong itu turut kami makan bersama-sama roti tuna kami itu..Wala!Sedap sangat.
Pada hari ini saya,Fadhilah,Azwa naik kereta bersama Kak Mimi. Hari kami pergi Granada tu, hari tidak terlalu cerah bahkan hujan juga. Setelah kira-kira 2 jam kami sampai di Granada, di tempat letak kereta Al-Hambra. Ramai sungguh kanak-kanak pada hari ini, mereka datang bersama rombongan sekolah mereka.. Disebabkan hari hujan,semua kanak-kanak ini mempunyai payung.
Kami sudah berjalan ke tempat untuk mendapatkan tiket, ketika Azwa memberitahu saya yang saya harus membawa kad kredit sekali untuk ditunjukkan kepada orang di kaunter nanti. Hendak tidak hendak, kenalah juga kan balik ke kereta untuk mengambil kad kredit yang ditinggalkan dalam kereta ditemani Kak Mimi..Hehe..Minta maaf Kak Mimi. Selepas itu kami beratur untuk mendapatkan tiket yang telah kami tempah itu. Setelah beberapa menunggu, kami berjaya mendapatkan tiket kami. Ok,setakat ini semua berjalan lancar. Waktu untuk masuk kota Alhambra adalah pukul 2 petang, tapi jam baru menunjukkan sekitar pukul 12 tengahhari.
Seperti yang kami rancangkan, kami mengambil bas no 32 dan pergi ke bandar di Plaza Nueva. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu lama. Sampai-sampai di sana,kami terus masuk ke kedai cenderahati yang berhampiran tempat kami turun bas tadi. Sibuk sungguh rakan-rakan kita mencari cenderahati masing-masing, ada yang membeli tshirt yang ada tulisan Granada, ada yang membeli cawan, piring perhiasan. (Payung pun ada,hehe…Tapi sebab hujan la). Saya membeli sebuah replika kecil Al-Hambra yang harganya 2,50 Euro…Murahlah kan. Setakat ini, saya rasa kedai cenderahati yang paling murah adalah di Granada.
Sejurus kemudian, kami pergi ke kedai kebab yang telah kami nampak semasa dalam bas tadi. Jaraknya tidak jauh daripada kedai tadi. Kami pun order makanan masing-masing. Ada yang order kebab shawama(kebab palestin), ada yang order burger daging dan ada juga yang order kebab dengan nasi. Kak Mimi tanya orang kedai inilah adakah masjid dibuka sepanjang masa .Orang itu jawab yang masjid buka semasa solat jemaah sahaja. Sementara itu, azwa ditemani fadhilah, kak izfa, ain pergi mencari kedai kasut kerana kasut Azwa telah basah terkena hujan. Cari punya cari, baru mereka terjumpa kasut boot kalis air harga 10 Euro. Mereka cakap susah juga lah nak cari kasut murah.. Banyak yang harga puluh-puluh lebih.
Sudah-sudah makan,kami naik kembali ke Al Hambra. Kami beratur sekali lagi untuk masuk ke dalam kota. Sebelum masuk kami mendapatkan dua audio tour guide dan mengambil beberapa peta Granada. Kami mengambil masa beberapa minit sebelum sampai di Istana Nasrid. Sebelum masuk ke Istana Nasrid, semasa sedang beratur, kami mengambil peluang untuk bergambar berlatarbelakangkan perkampungan Albaycin dibelakang. Sungguh indah panorama tersebut, bagaimanakah agaknya zaman Islam berkuasa dahulu. Bagaimanakah kehidupan orang di sini suatu ketika masa dahulu. Islam jatuh di Granada pada 1492, tapi bagi saya, walaupun saya tengok bangunan ini pada 2011, tapi saya rasa kota ini masih teguh berdiri.
Kami berjaya masuk Istana Nasrid. Dan kami dinasihatkan jangan sentuh dinding sebab takut fragile(ye ke?,tak ingat sangat). Cantik sangat kaligrafi-kaligrafi di dalam istana ini. Kesenian itu banyak menjadikan kecintaan terhadap Allah sebagai motif. Ya,Allah telah tetapkan yang istana ini tetap teguh berdiri pada hari ini, supaya kita yang hidup hari ini, dapat mengambil pengajaran daripadanya. Bagaimana Islam dapat menjadi begitu hebat kerana orang hidup berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi jatuh kerana sudah alpa dengan kemewahan yang dimiliki. Kekalahan yang agak memalukan kita, kerana kekalahan ini berlaku di sebabkan perebutan kuasa untuk merebut takhta, di mana Isabela dan Ferdinan telah mengambil peluang.
Ok, kembali kepada cerita kami, kami terus berjalan-jalan dalam Istana Nasrid, mengambil gambar dan diambil gambar, dan kami juga melihat dokumentari penemuan dan pembaikian patung singa yang dahulunya boleh mengeluarkan air. Bak kata Kak Mimi, dulu air akan terpancut daripada mulut singa apabila azan dilaungkan. Orang-orang Sepanyol berminat untuk mengetahui rahsia tersebut. Mereka membuka singa tersebut, tetapi tidak menemui jawapannya. Apabila mereka memasangkannya kembali, air itu tidak dapat keluar lagi.
Taman-taman di dalam Istana Nasrid pun bukan main cantiknya. Dengan kolamnya, dengan pokok-pokoknya. Kak Mimi kata, kalau masa spring, kat situ ada bunga Ros...Kami terjumpa juga orang-orang Malaysia yang kami jumpai di Cordoba semalam di Granada. Kami mengambil gambar bersama-sama juga di situ.
Selepas itu kami ingin menuju ke Alcazabar, the defensive zone. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah di R &R(ye ye je, tapi tempat tu memang untuk berhenti, ade mesin jual kopi, coklat panas, ade toilet). Saya tak buat apa-apa, jadi saya tunggu je di luar duduk atas kerusi berhampiran. Orang lain ada yang ke WC , ada yang beli air. Saya pun tengok je la orang lalu lalang. Ada orang Jepun, ada orang Korea…Semua orang dah selesai urusan masing-masing, kami sambung berjalan ke Alcazabar.
Disitulah kami mula menyedari masalah kami. Pada awalnya,langsung tiada orang beratur di situ,kalau ada pun alirannya lancar sahaja. Apabila sampai giliran kami, orang tu tak bagi masuk. Orang yang jaga tu cakap dalam bahasa Sepanyol, jadi kami tidak faham. Siap macam keluarkan passport untuk dia tengok. Ada dua wanita yang baik hati belakang kami cuba tolong kami. Dia cakap “You don’t have to show your passport to go in”. Macam dia pelik tengok kami keluarkan passport. Kami pun cakap kat mereka,boleh tak tolong kami translate. Mereka cakap-cakap,lepas itu kami diberitahu tiket kami tu, tiket untuk orang yang berumur 65 tahun ke atas. Kami pun explain kat perempuan tu yang kami beli tiket kat internet untuk pelajar eu. Perempuan tu cakap kami kena pergi balik dekat kaunter tiket tanya balik pasal tiket tu. Tengok-tengok belakang,waa, dah panjang barisan. Ini semua berlaku gara-gara kami.Hehehe…
Okla,kami pun membuat keputusan pergi ke kaunter untuk tanya pasal tiket kami. Dalam perjalanan kami, kami terjumpa pekerja Al-Hambra. Kami pun tunjuk tiket kami. Dia pun kata benda yang sama. Tu tiket untuk orang tua. Dia kata,hanya tiket orang tua sahaja yang boleh dijual di internet. Kami pun bertambah keliru. Nak tak nak kami teruskan lagi perjalanan kami. Kami ternampak customers’ service. Kami pun masuk dan ceritakan masalah kami. Orang tu tanya dah berapa jauh kami pergi, kami katalah kami dah masuk Istana Nasrid. Orang tu kata kami sangat bertuah sebab dapat masuk istana nasrid dengan tiket yang lebih murah. Kami katalah,kami student EU, kami memang boleh dapat diskaun. Dia kata,masalahnya yang kat internet tu hanya untuk orang tua sahaja. Tak dapat juga nak salahkan kami,sebab memang di website Alhambra tu, dia ada cerita pasal student EU boleh dapat diskaun, tapi lepas tekan link nak beli tiket, terus keluar web yang bahasa sepanyol semata.
Orang tu kata awak tak ada pilihan lain kecuali beli tiket baru. Mungkin awak boleh dapat refund, tapi dia tak jamin sebab kami dah masuk Istana Nasrid.. Dia pun bagi email address untuk tuntut gantirugi. Rasanya kami ada tanya juga, boleh tak kami tambah je duit, and infact kami beli satu euro mahal untuk harga student eu sebab guna internet. Orang tu kata tak boleh, dan dia tunjuk kad student euro yang kami kena ada kalo nak beli dengan murah. Dan kami tak ada kad tersebut. Kami pun tanya dia boleh tak kami try je masuk mana-mana tempat yang boleh masuk. Dia kata boleh je cuba. Kami pun jalan lagi,dan masuk satu taman ni. Bila orang yang scan tiket, mestilah nampak je tiket tu untuk orang tua kan. So bila dia dah perasan,mulalah kami tengok muka pelik orang tu.hehe..Kami kata kami dah nak keluar…Haha..sure-sure lah kami bukan orang umur 65 tahun ke atas…kih2…Auf keinen Fall nak menyamar jadi diaorang.
Kami tidak cuba untuk masuk Generalife sebab macam malas nak naik, then duduk kat taman tu dan bertadabur Al-Quran…Tak ingatlah surah apa buat kat situ masa tu. Sebelum keluar kami ambil wuduk di Tandas Awam Alhambra dan keluar. Sebab saya dan Ain siap dahulu, kami solat dahulu berjemaah bersama-sama. Lepas tu giliran Kak Mimi and the geng…Kami solat di tepi tempat parking kereta dengan di alas carpet Kereta dan kain yang kak Izfa bawa..Thanks Kak Izfa!.....
Selepas itu kami mengambil bas untuk pergi ke Albayzin untuk solat magrib dan isyak di sana. Kami solat berjemaah magrib disitu berimamkan imam masjid tersebut dan menyambung solat jamak Isya kami masing-masing. Masjid itu kemas je. Kalau nak ambil wuduk kene menuruni tangga ke ruang mengambil wuduk yang luas dibawahnya. Waktu kami sampai, saya ada ternampak pelancong ni, nak masuk kawasan masjid. Tapi orang jaga tu kata, minta maaf, waktu melawat dah tamat sekarang. Kasihanlah jugak pakcik tu,tapi nak buat macam mana kan. Mungkin tutup sebab nak solat jemaah masa itu.
Lepas solat kami beli buku nota comel yang dijual dekat masjid tersebut, yang samaada ada ukiran dalam istana Nasrid atau motif-motif di dalamnya. Lepas itu kami bergambar di sekitar masjid tersebut berlatarbelakangkan kota Al-Hambra. Selepas itu kami mengambil bas ke Bandar, makan di Bandar, makan kebab juga, takpun macam Doenerteller macam tu. Then kami kembali ke kereta dan ingin pergi ke hotel kami. Proses mencari hotel kami agak sukar juga sebenarnya. Berapa lama kami pusing-pusing sebab tak jumpa hotel kami.. Kami dah jumpa nama jalan yang sepatutnya hotel tu ada kat situ, tapi nombor hotel tersebut tak jumpa pulak.Kami pun dah rasa pelik.
Last-last kami gi tanya orang kat sebuah restoran ni, orang tu suh jalan straight je. Nanti jumpa la. Kiri kanan jalan tu gelap je. Dan nampak macam ada kilang lama yang tak ada orang je. Kami macam jumpa tempat tu, tapi tempat tu nampak creepy, gelap and bangunan nampak macam buruk. Kami pun bersoaljawab sesama sendiri, betul ke tempat ini. Kami dah harap bukan tempat ini..Tiba-tiba ada orang keluar. Dia kata betul la tempatnya. Dia kata ni jalan belakang, dia suh kami pergi masuk ikut jalan depan. Actually kalau ikut jalan depan ok je. Biasalah kan bangunan belakang nampak creepy, macam kat belakang rumah kedai kat Malaysia yang jenis lama sikit tu. Nampak lah cam buruk.Depan ok je…
Saya Kak Izfa,Kak Farah,Ain tidur sebilik…hehe…Sebelum tidur kami tilawah dulu kat bilik kak Mimi. Balik bilik kami kami tilawah lagi surah al Mulk…Malam tu lewat gak lah tidur, sebab orang kena tunggu turn masuk bilik air, cam Ain pun kemas-kemas barang dia. Kul satu jugak kot baru tidur. Akibatnya,pagi esok kami bangun lewat jugak ar. Saya set jam kul 530 kot,sedar-sedar kul 630 kot.…Rupa-rupanya orang bilik satu lagi pun baru bangun. Ingatkan kami je yang lewat..hehe…Nasib baik waktu tu kan winter lagi, tak habis lagi waktu….
Kami plan keluar pukul 9 pagi the next day.Tuan hotel itu sangat baik, dia perempuan tempatan lah kot . Dia cakap dekat Azwa dan Q kot, yang anak dia Islam.Sebelum bertolak ke Malaga, kami bergambar bersama tuan hotel tersebut dengan kereta sewa kami berlatarbelakangkan hotel orang itu…Pelik kan ayat saya,takpe ade mase saye edit balik..Ni saya cube langsaikan hutang dulu…Ok..Salam.
Hati Yang Mati
”Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika baik daging itu,makan baiklah seluruh diri manusia itu.Jika buruk daging itu makan buruklah seluruh diri manusia itu.Ketahuilah ,bahawa ia adalah hati.”
Kita perlu menjaga hati supaya tidak sakit dan mati.Jika hati sakit maka terjadilah gejala-gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang melanda masyarakat kita hari ini.Hati merupakan amanah Tuhan juga seperti mata,kaki tangan mulut dan lain-lain.Kita wajib menjaganya dari melakukan dosa dan maksiat.Hadis Rasulullah S.A.W:
Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)
Titik hitam jika tidak diikuti taubat dan istirgfar akan menyebabkan hati menjadi gelap.Kita akan dapat merasai kemanisan beribadat jika hati kotor.Ia juga menghalang cahaya iman daripada memasuk hati kita.Dalam surah al-Baqarah Allah berfirman:
Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.[74]
Tengoklah perumpamaan Allah berikan kepada kita.Batu pun boleh pecah sebab patuhkan Tuhannya.Ini merupakan satu sindiran kepada kita,adakah hati kita lagi keras daripada batu?
Hati boleh mati kerana
1)Tidak mengambil iktibar daripada ujian dan didikan oleh Allah.Dalam surah Az Zumar Allah berfirman:
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
2)Hati mati sebab tidak diberi makanan rohani seperti berzikir,mendengar nasihat,muhasabah diri,membaca dan tadabur al Quran..
Cara-cara untuk mengubat hati adalah
1Baca Al Quran dengan maknanya-Al Quran adalah mukjizat yang tiada tolok bandingnya,juga merupakan ubat segala penyaki.Dengan mengistiqamahkan diri membaca dan mereflekkan isi kandungan kedalam kehidupan seharian kita akan menjadikan tidak lalai daripada mengingati Allah.
2)Mengosongkan perut daripada terlalu kenyang atau berpuasa- Kita dapat merehatkan hati yang penat bekerja jika kerap makan dan menyebabkan kite lebih senang untuk beribadat.Rasulullah pernah bersabda:
““Barangsiapa yang sedikit makannya, sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya. Barangsiapa yang banyak makannya, maka sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.
Sabda Rasulullah lagi:
Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu matikan hati kamu dengan membanyakan makan dan minum, sesungguhnya hati itu seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak disirami air maka ia akan mati ”.
3)Sentiasa bangun malam beribadat kepada Allah S.W.T-Dapat menjauhkan kita daripada tipu daya syaitan dan dosa.Memperoleh keredhaan Allah.Kita
4Sentiasa bersama orang soleh-Apabila kita bersama orang baik,kita akan cenderung untuk berbuat baik dan sebaliknya.
Selain itu,ada juga amalan-amalan sunat lain yang boleh dilakukan.Tambah lagi amalan-amalan yang ringan.Lazimkan bersedekah,solat sunat duha dan sebagainya.Solat fardhu juga perlu dijaga.Jangan terlalu laju,ikut sahaja alirannya.Selain itu,kita sebagai orang Islam,tidak harus lupa yang kita ada senjata yang agung,iaitu doa.Doa lah banyak-banyak mintak Allah teguhkan hati di samping meminta kejayaan di dunia dan di akhirat dan memohon yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.Sekian,terima kasih.
Kisah Nabi Daud
Kisah Nabi Daud
Nabi Daud ialah salah seorang rasul daripada 25 Rasul yang wajib kita ketahui.Nabi Daud merupakan antara Rasul yang dianugerahkan Allah kerasulan dan kerajaan.Kitab Nabi Daud adalah kitab zabur.Firman Allah dalam surah al Israa:
"Dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-Nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud." [55]
Kelebihan Nabi Daud antaranya ialah,Allah menundukkan gunung dan burung-burung dan memerintahnya bertasbih bersama-sama Daud.Dia juga mempunyai suara yang merdu dan memahami bahasa burung.Dan Nabi Daud mempunyai keistimewaan membuat baju perang daripada besi.Dia dapat melembutkan besi tanpa perlu menggunakan api.Hal ini diterangkan dalam Al Quran surah Saba 10 dan 11.
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): “Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” Dan juga telah melembutkan besi baginya”[ 10]
(Serta Kami wahyukan kepadanya): “Buatlah baju-baju besi yang luas labuh, dan sempurnakanlah jalinannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”[ 11]
Nabi Daud adalah nabi yang berani.Nabi Daud menyertai perang bersama Raja Talut melawan Jalut.Pada masa itu dia masih muda.Tidak semua orang beriman dalam pasukan Raja Talut ini.Untuk menguji siapa yang benar-benar beriman,Allah telah mengilhamkan Raja Talut untuk menguji tenteranya.Ini diceritakan dalam Al Baqarah ayat 249-251:
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya”. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.[249]
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir”[250]
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.[251]
Nabi Daud membahagikan hidupnya kepada 4 bahagian.Satu untuk bekerja dan berehat,satu untuk beribadat,satu untuk mendengar masalah rakyat dan satu lagi untuk memberi khutbah/ceramah.Pada suatu hari,nabi Daud tidak membenarkan siapa-siapa pun untuk bertemunya kerana hari tersebut telah dia khususkan untuk beribadah.Dia telah memberitahu pengawal-pengawalnya.Tapi entah bagaimana,dua orang lelaki telah memanjat tembok istananya untuk menemuinya.Nabi Daud mula berasa takut dalam hatinya.Tapi dia masih melayan keduanya tersebut.Salah seorang lelaki tersebut mempunyai 99 ekor kambing dan seorang lagi hanya mempunyai seekor sahaja.Lelaki yang ada hanya seekor kambing itu memberitahu bahawa yang ada 99 ekor kambing itu inginkan kambingnya yang hanya seekor dan dia telah kalah dalam perdebatan dengan orang yang ada lagi banyak kambing itu.Nabi Daud terburu-buru membuat keputusan bahawa orang yang satu lagi itu berlaku zalim tanpa mendengar daripada kedua-dua belah pihak.Sebenarnya dua orang lelaki itu adalah malaikat yang dihantar Allah untuk menguji kebijaksanaan Nabi Daud.Firman Allah dalam surah Sad:
Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? Ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;[21]
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: ” Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.[22]
” Sebenarnya orang ini ialah (seorang sahabat sebagai) saudaraku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja; dalam pada itu ia (mendesakku dengan) berkata: ‘ Serahkanlah yang seekor itu kepadaku ‘, dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu”.[23]
Nabi Daud berkata: ” Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!” Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).[24]
Ada suatu lagi cerita di dalam Al Quran mengenai nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.Ada seorang lelaki mempunyai kebun dan seorang yang mempunyai kambing.Kambing itu telah merosakkan kebun orang yang satu lagi itu.Nabi Daud memutuskan untuk memberi kambing kepada pemilik kebun itu.Tapi Nabi Sulaiman ada idea lebih baik.Dia mencadangkan,pemilik kambing harus menyerahkan kambing kepada pemilik kebun untuk sementara waktu,dan pemilik kebun itu boleh mengambil manfaat daripada kambing itu.Dan pemilik kambing yang asal itu harus mengerjakan kebun yang rosakitu sampai hasilnya boleh dituai.Selepas kebun sudah boleh dituai,pemilik kebun harus memulangkan kembali kambing itu.Dalam surah Al-Anbiya Allah berfirman:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam; dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.[78]
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.[79]
Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?[80]
Nabi Daud juga dipuji sebagai sebaik-baik orang yang beribadat dan berpuasa.Hadis Rasulullah mengenainya:
David (PBUH) fasted every other day. ‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘As narrated: “Allah’sApostle (PBUH) said to me: The most beloved fasting to Allah was the fasting of (the Prophet)David, who used to fast alternate days. And the most beloved prayer to Allah was the prayer ofDavid, who used to sleep for (the first) half of the night and pray for one third of it and (again)sleep for a sixth of it.”1
‘Abdullah Ibn ‘Amr Ibn Al-‘As also narrated: “The Prophet (PBUH) said to me: I havebeen informed that you pray all the nights and observe fast all the days; is this true? I replied: Yes.He said: If you do so, your eyes will be weak and you will get bored. So fast three days a month, forthis will be the fasting of a whole year. (Or equal to the fasting of a whole year). I said: I findmyself able to fast more. He said: Then fast like the fasting of (the Prophet) David (PBUH) whoused to fast on alternate days and would not flee on facing the enemy.”2
Nilai-nilai murni dan Pengajaran
Nabi Daud adalah seorang pemimpin cuba sedaya upaya untuk adil dan juga bertakwa.Apabila baginda menyedari dia berlaku tidak adil dia segera memohon taubat.Pemimpin zaman sekarang harus mencontohinya.Nabi Daud tidak menggunakan hasil negara sebagai sumber pendapatan tapi menggunakan kepakarannya untuk membuat baju perang untuk mencari rezeki.Dia juga membahagikan waktunya dengan baik supaya seimbang kehidupan di dunia dan di akhirat.
19 Mar 2011
Sedapnya buah Zaitun dan Minyaknya
Dulu-dulu saya tak minat buah zaitun ni sampailah kena paksa, baru saya cuba. Kena makan habis 1 tin pulak tu. Tapi bila dah cuba, sedap pula. Kadang-kadang boleh habis 1/3 tin sekali makan.
Minyak nya pula saya selalu guna untuk masak sebab memberikan aroma kepada masakan dan mengikut kajian, minyak ni elok untuk kesihatan . Kalau bakar ikan guna minyak olive, ya Allah, wangi nya. Memang sedap.
Beberapa hari lepas, baru saya perasan yang Allah dah ceritakan pada kita dalam Quran pasal minyak zaitun yang Allah sediakan untuk kita sebagai penambah selera. Menarik kan.
Dan (Kami tumbuhkan) pohon(zaitun) yang tumbuh dari Gunung Sinai, yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan.
Al-Mu’minun (23:20)
Dalam surah At-Tin pula, Allah bersumpah atas nama buah zaitun. Ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa mengenai buah zaitun. Bukankah setiap perkara yang Allah bersumpah itu, ada kepentingan, keistimewaan kepada manusia?
Demi buah Tin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini .
At-Tin (95:1-3)
Dalam penjagaan kesihatan pula, banyak produk yang menggunakan minyak zaitun sebab kajian saintifik telah mengakui akan keistimewaan zaitun dalam penjagaan kulit, rambut dan badan kita. Subhanallah.
Sayangnya Allah pada hambaNya, disediakan pelbagai kemudahan kepada kita di dunia ini untuk melaksanakan tugas utama kita iaitu beribadah kepada Allah. Namun dengan nikmat yang tidak putus-putus ni, makin dekatkan diri kita kepada Allah? Atau kita terus menerus mahu menjadi hambaNya yang tidak reti untuk berterima kasih?
Moga-moga kita semua sentiasa Allah berikan hidayah dan petunjuk agar kita tidak tergelincir dari jalan yang Allah redhai. Amiin
----
Lepas ni, bila guna minyak olive, inshaAllah kita akan teringat ayat ni dan syukurlah kita kepada Allah.
Sesiapa yang kurang gemar makan olive, bolehlah cuba-cuba selalu.
~huda~
23 Jan 2011
selamat berexam~
rasanya, ayat-ayat Quran berikut sgt sesuai ditadabburi terutama bila berhadapan dengan peperiksaan. semoga menjadi penguat semangat & iman sepanjang masa. banyak lagi rasanya yang sesuai.. kalau nak tambah apa2 lagi, sangat dialu2kan ^^
Sebelum peperiksaan:
- perbanyakkan doa, sebab Allah itu Maha Mendengar
(40:60) "Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.. "
(2:186) "Dan apabila hambaKu bertanya padamu (Muhammad) tentang Aku. Maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"
- Allah kata mesti berusaha bersungguh-sungguh jgk ;)
(13:11) ".. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah diri mereka sendiri.."
(94:5-6) "Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan"
- bertawakkal sepanjang masa
(9:129) "..Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal"
Selepas peperiksaan:
- lepas exam, berdoa & bertawakkal pada Allah. kalau nak rehat boleh, tapi jangan lama2 sgt, teruskan study yg seterusnya.
(2:286) " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. "
(94:7) "Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang seterusnya)"
Selepas keluar result:
- alhamdulillah kalau lulus.. :) tp jangan kufur nikmat
(10:12) "Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi sesudah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (kejalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah ditimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas"
(39:49) "Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui"
- tapi kalau gagal, bersabar dan teruskan usaha..
(2:286) "Allah tidak membebani seseorang itu sesuai dengan kesanggupannya.."
(12:87) ".. Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir."
- dan janganlah anggap Allah sengaja nak menyeksa hamba2Nya
(29:10) "Dan di antara manusia ada sebagian yang berkata 'kami beriman kepada Allah', tetapi apabila dia disakiti (kerana dia beriman) kepada Allah, dia menganggap ujian manusia itu sebagai seksaan Allah. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya mereka akan berkata 'sesungguhnya kami bersama kamu'. Bukankah Allah mengetahui apa yang ada di dada semua manusia?"
~~~~
Antara masa-masa yang Allah suka untuk mengabulkan pemintaan hamba2Nya:
- Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya." (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)
- Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)
- Setiap Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab.
"Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu".
(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).
- Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)
- Ketika Iman Meningkat Kerana Mentaati Allah
Sabda Rasulullah s.a.w: “ …dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat sehingga aku mencintainya. Jika aku sudah mencintainya , aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan ku berikan , dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan kulindungi …” (HR al-Bukhari )
Dan banyak lagi masa2 lain. Tapi sebenarnya pada setiap masa kita dituntut untuk berdoa kepada Allah, semasa berdiri, duduk atau berbaring. Dan Allah akan mengabulkan permintaan hambaNya pada apa keadaan pun dia berdoa.
AlQuran mengajar kita untuk berdoa setiap masa, kalau selak2 Quran, mesti ada ajar cara2 berdoa masa nampak keindahan ciptaan Allah, mendengar berita buruk, berdepan dengan kesusahan, etc.. bes kan, Quran tu? :)
Selamat berexam semua ahli wihdah!
9 Jan 2011
60 Pintu Pahala & Pelebur Dosa (Part 1)
"Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703."Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan" .
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju surga" HR. Muslim, No. 2699.
"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))" HR. At Turmidzi, No. 3347.
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.
"Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" HR. Muslim, No. 804.
"Bacalah Al Qur`an, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.
"Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.
"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai karena keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku)) " HR. Muslim, No. 2566.
"Tiada seorang muslim pun menziarahi orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga siang hari, dan apabila ia menjenguk pada sore harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di surga" HR. Tirmidzi, No. 969.
"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.
"Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.
"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" HR. Tirmidzi, No. 2003.
"Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju surga"HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.
"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No. 2022.
"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.
"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahan nya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk surga))" HR. Muslim, No. 2551.
Semoga Allah yang Maha Melihat dan Maha Mendengar menerima segala amalan baik yang kita kerjakan dah mudah-mudahan dapat kita jadikan sebagai bekalan dan pembantu di hari perhitungan kelak.