Showing posts with label taddabur. Show all posts
Showing posts with label taddabur. Show all posts

19 Mar 2011

Sedapnya buah Zaitun dan Minyaknya




Dulu-dulu saya tak minat buah zaitun ni sampailah kena paksa, baru saya cuba. Kena makan habis 1 tin pulak tu. Tapi bila dah cuba, sedap pula. Kadang-kadang boleh habis 1/3 tin sekali makan.

Minyak nya pula saya selalu guna untuk masak sebab memberikan aroma kepada masakan dan mengikut kajian, minyak ni elok untuk kesihatan . Kalau bakar ikan guna minyak olive, ya Allah, wangi nya. Memang sedap.

Beberapa hari lepas, baru saya perasan yang Allah dah ceritakan pada kita dalam Quran pasal minyak zaitun yang Allah sediakan untuk kita sebagai penambah selera. Menarik kan.
Dan (Kami tumbuhkan) pohon(zaitun) yang tumbuh dari Gunung Sinai, yang menghasilkan minyak, dan bahan pembangkit selera bagi orang-orang yang makan.
Al-Mu’minun (23:20)

Dalam surah At-Tin pula, Allah bersumpah atas nama buah zaitun. Ini menunjukkan ada sesuatu yang istimewa mengenai buah zaitun. Bukankah setiap perkara yang Allah bersumpah itu, ada kepentingan, keistimewaan kepada manusia?
Demi buah Tin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini .
At-Tin (95:1-3)

Dalam penjagaan kesihatan pula, banyak produk yang menggunakan minyak zaitun sebab kajian saintifik telah mengakui akan keistimewaan zaitun dalam penjagaan kulit, rambut dan badan kita. Subhanallah.

Sayangnya Allah pada hambaNya, disediakan pelbagai kemudahan kepada kita di dunia ini untuk melaksanakan tugas utama kita iaitu beribadah kepada Allah. Namun dengan nikmat yang tidak putus-putus ni, makin dekatkan diri kita kepada Allah? Atau kita terus menerus mahu menjadi hambaNya yang tidak reti untuk berterima kasih?

Moga-moga kita semua sentiasa Allah berikan hidayah dan petunjuk agar kita tidak tergelincir dari jalan yang Allah redhai. Amiin
----

Lepas ni, bila guna minyak olive, inshaAllah kita akan teringat ayat ni dan syukurlah kita kepada Allah.
Sesiapa yang kurang gemar makan olive, bolehlah cuba-cuba selalu.

~huda~

23 Jan 2010

Sambungan Muqaddimah Tafsir Fi Zilal


Sambungan dari sini



Perenggan 8


"Manakah kerehatan, keselesaan, kemesraan dan kepercayaan (yang lebih besar) dari kerehatan, keselesaan kemesraan dan kepercayaan, yang dicurahkan ke dalam hati kita oleh kefahaman yang syumul, sempurna, luas dan betul ini?"

Andainya kita hidup di bawah bayangan quran, hidup kita pasti dicorakkan oleh Al Quran dan iman kita akan menjadi teguh

Contohnya dalam kisah Anas bin Malik serta ibunya Ummu Sulamah yang kita dengar minggu lepas:

Bagaimana seorang ibu sanggup menghadiahkan anaknya sendiri kepada Rasulullah supaya anaknya itu menjadi seorang insan yang kuat, patuh kepada Allah. Kita juga dengar bagaimana Ummu Sulamah menolak lamaran seorang lelaki kaya walaupon lelaki tersebut meletakkan mahar yang sangat tinggi hanya kerana lelaki tersebut bukan orang Islam. Ummu Sulamah telah meletakkan agama Islam mengatasi segala-galanya sehingga akhirnya lelaki tersebut memeluk Islam dan mereka pon berkahwin.

Inilah kisah manusia yang dibentuk oleh Al Quran.
Kenikmatan hidup yang manusia cari itu dicurahkan sendiri oleh Allah sendiri dan apabila kita mendapat kenikmatan itu, hati kita menjadi tenang. Kenikmatan itu boleh kita perolehi apabila kita baca dan faham Al Quran.

contoh: Kisah  Saidina Umar memeluk Islam


Kemudian pada suatu hari, Saidina Umar beliau keluar dengan menghunus pedangnya untuk membunuh Nabi. Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan seorang lelaki.

Dia berkata kepada Umar, "Mau kemana wahai Umar?"
Umar menjawab, "Aku ingin membunuh Muhammad."
Lelaki tadi berkata, "Bagaimana kamu akan aman dari Bani Hasyimdan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad?"
Maka Umar menjawab, "Tidaklah aku melihatmu melainkan kamu telah meninggalkan agama nenek moyangmu."
Lelaki tadi menjawab lagi, " Sesuugguhnya adik perempuanmu dan iparmu telah meninggalkan agama yang kamu yakini."

Kemudian Umar bergegas berjumpa adiknya yang sedang belajar al Quran dan menampar adiknya.
Namun apabila Umar mendengar bacaan Al Quran, bergetar hati Umar, dan Umar terus tunduk pada islam, memeluk agama Islam.

Kenikmatan itu sukar untuk digambarkan, dan hanya orang yang pernah mengecapinya sahaja yang tahu akan perasaan itu. Walaupon kita tidak dapat merasai kenikmatan itu sepenuhnya, inshaAllah kita merasa lah juga sedikit apabila kita mendengar kisah-kisah begini.

Perenggan 9


"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat manusia jauh lebih mulia dari segala penghargaan dan penilaian terhadap mereka yang dikenali mereka dahulu dan kemudiannya. Manusia telah menjadi insan dengan tiupan roh ciptaan Allah:"

Manusia ini apabila dilihat melalui kaca mata Al Quran(Islam), sebenarnya manusia ni jauh lebih mulia dari penilaian manusia lain.

Katakanlah kita tengok PM, Agong, atau VVIP , mereka sangat  dimuliakan. Ada orang yang sentiasa mengiring mereka, menghidangkan makanan pada mereka, malah semua orang akan bangun apabila golongan yang dimuliakan ini berdiri. Apabila mempunyai peluang untuk bersalaman, pasati ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bersalaman dengan golongan ini. Apabila golongan VVIP ini menaiki kereta unutk ke satu tempat, pasti juga akan akan polis yang mengiring mereka bagi memastikan perjalanan mereka tidak mempunyai masalah. Betapa kita(manusia) memuliakan mereka(manusia).

Namun sebenarnya manusia itu sangat mulia, bahkan lebih mulia dari presiden yang mempunyai jet persendirian.

Kenapa manusia itu sebenarnya mulia?


Walaupon Allah menjadikan kita dengan tanah liat yang berbau, Allah tiupkan kita denagn roh yang mulia. Kemulian kita sebenarnya adalah dari roh yang mulia itu dan kita akan berterusan menjadi mulia sekiranya kita hidup berlandaskan Al Quran.

Katakanlah Zaimah mempunyai seorang kakak(Siti) yang sangat mantap dan kenali ramai.
Di mana sahaja Zaimah ni pergi mesti orang akan kenal kakaknya dan berkata "Ni adik Siti ke?

Lihatlah bagaimana Zaimah hidup di bawah bayangan kakaknya, Siti.

Akhlak Al Quran itu adalah akhlak Rasulullah, jadi kita pon mesti hidup dengan mengikuti apa yang terkandung dalam Al Quran untuk menjadi manusia yang mulia.

Perenggan 10


"Oleh sebab manusia mempunyai darjah kemuliaan dan ketinggian yang seluhur ini, maka Allah telah menjadikan tali hubungan yang mengikat umat manusia itu ialah tali hubungan yang diambil dari tiupan ilahi yang mulia, iaitu tali hubungan ‘aqidah kerana Allah. Oleh itu ‘aqidah seseorang Mu’min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya dan di atas ‘aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar."

Manusia kalau diikat dengan geografi(negara) akan menjadi assobiyyah. Allah tak pernah mengatakan jika hambaNya dari negara2 tertentu, Malaysia contohnya, akan dapat masuk syurga dahulu kerana akidah kita itu yang lebih memuliakan kita. Kalau manusia betul-betul memahami Islam, Amibil Al Quran sebgai pegangan hidup, tidak adalah perpecahan di dunia ini.

Dalam Perang Badar contohnya umat Islam menang kerana hubungan akidah itulah yang menyatukan semua .

Kita dimuliakan denganroh kita, seperti yang dijelaskan dalam perenggan 9 tadi. Jadi yang mengikat kita juga mestilah dari sesuatu yang mulia, iaitulah akidah kita.

Kita tengok contoh VVIP tadi


VVIP kita kata mulia, tiba-tiba kita letakkan VVIP tersebut di tempat orang ramai yang sesak dan kerusinya pon tak best. Nampak tak betapa tidak sesuainya. Kita pasti akan letakkan VVIP tadi pada tempat khas, kerusi tertentu yang khusus untuk mereka.

Berbalik pada kemuliaan roh tadi. Sesiapa yang tidak berpegang pada akidah Islam, tidak akan menjadi mulia kerana tidak selari dengan roh yang mulia tadi. Ini kerana benda yang mulia mesti diletakkan denganbenda yang mulia sahaja.

Perenggan 11


"Orang yang beriman mempunyai keturunan yang amat tua yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh. Dia adalah salah seorang dan angkatan manusia yang mulia yang dipimpin oleh para rasul yang mulia, iaitu Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya’kub, Yusuf, Musa, ‘Isa dan Muhammad alayhimus-salam."

Apabila kita faham bahawa roh2 kita diikat oleh akidah islam, fahaman kita terhadap tanah air lebih luas. Semua tempat adalah Islam dari dulu iaitu dari zaman nabi adam sehinggalah sekarang. Sedar tak sedar tanah air kita ni sepatutnya lebih besar dari Malaysia iaitu dimana muslim ada sekarang, dan di mana muslim pernah berada di situ.

Semua muslim itu adalah adik-beradik kita. Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai dirinya dan saudaranya(bukan setakan mak ayah, semua) tetapi semua sisters. Semuanya kita perlu jaga.

Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan:


usul 1: islam itu adalah; negara dan tanahair/kerajaan dan bangsa, akhlaq dan kekuatan/rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang/ilmu dan kehakiman, material dan perbendaharaan/pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah/tentera dan fikrah SEBAGAIMANA ia adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sah...

Kita tengok Andalus: Tempat itu pernah diduduki oleh orang Islam jadi tanggungjawab kita untuk mendapatkan balik Andalus tu.

"Angkatan manusia yang mulia yang bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat lama itu menghadapi — seperti yang tergambar di bawah bayangan al-Qur’an — keadaan-keadaan yang serupa, krisis-krisis yang serupa dan pengalaman-pengalaman yang serupa di sepanjang zaman di berbagai-bagai tempat dan di kalangan berbagai-bagai kaum. Angkatan itu menghadapi kesesatan, kebutaan, kezaliman, hawa nafsu yang liar, penindasan, kekejaman, ancaman dan pengusiran, tetapi ia terus mara menyusuri jalannya dengan langkah-langkah yang tetap, dengan hati nurani yang tenteram, dengan kepercayaan dan harapan yang penuh terhadap pertolongan Allah dengan hati yang menunggu-nunggu di setiap saat ketibaan janji Allah yang benar:"

Kita tengok Rasulullah, apabila baginda mendapat wahyu pertama, baginda terus keluar dari Gua Hira. Kita jika mahu menjadi angkat mulia, kita tidak boleh hanya duduk diam.

Umat islam itu bukan bermula masa Nabi Muhammad tetapi sudah lama  dah lama iaitu dari Nabi Adam lagi. Kalau Al Quran ini tidak ada, kita tidak mungkin mengetahui asal usul kehidupan kita, siapa kita sebenarnya, kenapa kita ada di sini, dan ke mana arah tuju kita.

Setiap Nabi menyampaikan perkara yang sama, iaitu beriman kepada Allah, meninggalkan perkara yg dilarang. Jika dilihat sejarah para Nabi, kita dapat tahu perkara yang berlaku pon sama iaitu golongan benar ditindas, di pandang pelik.

Lihat sahaja kisah Nabi Nuh, bagaimana orang menghina baginda apabila baginda membuat membina kapal.

Lihat pula kisah Nabi Muhammad yang dikatakan ahli sihir semata-semata Nabi Muhammad berada di jalan yang benar dan mengajak manusia ke jalan yang benar.

Kita kena yakinl bahawa janji Allah itu benar dan kena yakin satu hari nanti Islam akan naik di dunia. Orang-orang yang  hidup dengan Al Quran ini tetap terus mara walaupon dikeji, dihina dan dikecam.

Apabila keyakinan dan persiapan  itu ada, sekali kita langkah ke hadapan, kita akan terus mara tanpa rasa was-was.

contoh:
Masa winter, apabila kita dah prepare kasut winter, sekali kita lankah ke depan, kita tak akan rasa ragu-ragu unutk terus berjalan kerana persediaan(kasut winter) kita lengkap.

14 Jan 2010

Muqaddimah Tafsir Fi Zilal





Haritu kita ada tengok pasal kehidupan Sayyid Qutb. Kali ni kita nak tengok pula tafsir yang ditulis beliau iaitulah Tafsir Fi Zilalil Quran . Selalunya apabila kita mahu  membeli novel atau buku, tidak kiralah online ataupon di kedai, kita akan baca dahulu muqaddimah nya atau sinopsis buku tersebut untuk mengetahui sepintas lalu mengenai isinya.

Begitu jugalah dengan Tafsir Fi Zilal ni, kita tengok muqaddimah nya dulu sebelum kita  teliti tafsirnya.

Tafsir Fi Zilal Quran
Perenggan 1


" Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. "

Cuba kita bayangkan kita berteduh di bawah pokok yang rendang semasa keadaan panas. Kita akan rasa tenang, sejuk dan merehatkan badan. Seperti juga "Hidup di bawah bayangan Al Quran". Tujuan kita belajar Tafsir Fi Zilal ini adalah untuk mendapat dan merasai kenikmatan hidup yang Allah kurniakan kepada kita, di bawah bayangan Al Quran. Apabila kita berinteraksi dengan Al Quran, ingat balik bahawa Allah tengah bercakap dengan kita. Kita hanya boleh rasa nikmat  itu jikalau  kita mengambil ayat-ayat Quran dan memasukkannya dalam hidup kita.

"Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang."

Umur kita sangat berkat kalau kita hidup berlandaskan Al Quran. Kalau kita hidup kerana mahu mencari harta, kita kerja nak rak pon, kita masih belum merasa cukup dengan apa yang kita ada. Banyak mana pon gaji yang kita dapat tiap-tiap bula, ada sahaja yang tak cukup.

Kalau kita hidup berlandaskan Al Quran, apa-apa saja yang kita buat masa umur yang ada ni, rasa berkat sahaja walaupon umur kita ditakdirkan pendek. Contohnya Assyahid Hassan AlBanna, walaupon ditakdirkan Allah hanya hidup sampai umur 43 tahun, perjuangannya masih diteruskan sampai sekarang.

Perenggan 2


"Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku."

Sayyid Qutb sememangnya menghafal Al Quran tetapi dalam satu masa dia tersasar namun Allah bagi nikmat balik untuk beliau kembali. Kisah Sayyid Qutb tersasar boleh dibaca di biografi beliau.

Perenggan 3


"Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?"

Allah bercakap dengan kita


Ayat-ayat Al Quran merupakan surat cinta Allah kepada kita. Cintakah kita pada Allah? Atau tidak?, sehinggakan kita tidak sedar Allah memberikan kita ayat-ayat cinta ini. Allah memberikan pesanan, pujukan, amaran, panduan dan bercerita kepada kita mengenai seerah-seerah dahulu buat kita. Semuanya lengkap Allah berikan kepada kita, hambaNya yang sangat lemah . Kata-kata di atas menunjukkan perasaan Sayyid Qutb apabila membaca Al Quran. Kita ini hambaNya yang sangat kecil, kerdil tetapi Allah tetap mahu bercakap dengan kita.

Macam juga kita bila kita dapat jumpa dengan orang-orang besar, seronok bukan main lagi. Apatah lagi pencipta kita, penguasa seluruh alam, secara logiknya kita mesti rasa feeling apabila Allah bercakap dengan kita.

Sayyid Qutb mempunyai penghayatan ketika membaca Al Quran seolah-olah beliau masuk dan tenggelam di dalam ayat2 suci Al-Quran. Kita perlu membaca Al Quran dengan hati, bukannya dengan akal.

Perenggan 4



"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?"

Perbezaan jalan Islam dan jahiliyyah

Al Quran bagi kita nampak yang mana Islam, yang mana jahiliah. Dari surah fatihah pon kita dah boleh nampak terdapatnya jalan jahiliyyah dan jalan yang lurus

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Fatihah:6-7)


Kalau kita tidak dapat bezakan antara dua jalan itu, ini bermakna ayat-ayat Al Quran itu tidak masuk betul2 ke dalam hidup kita. Dari pembacaan Al Quran, kita boleh memilih jalan mana yang kita mahukan. Sekarang ni banyak sangat jahiliyah kat bumi dari politik, hiburan hollywood, fesyen, makanan dan lain-lain.

Cita-cita manusia yang kecil


Cita-cita manusia sangat kecil dan kerdil serta tidak mempunyai tujuan hidup. Hanya sesiapa yang tahu Al Quran sahaja yang akan tahu apa matlamat hidup yang sebenar.

Kita hidup bukan setakat mahu menjadi cikgu, jurutera, usahawan dan sebagainya. Gol kita bukannya harta, pangkat atau takhta. Matlamat orang yang faham Al quran ini sangat jauh dari orang yang tidak memahami Al Quran. Dalam Al Quran ada Allah ceritakan syurga dan neraka kepada kita. Tidak mahukah kita dengan syurga Allah? Inilah sebenarnya matlamat jangka panjang kita. Jadi apa sahaja yang kita buat, kita nak pastikan arahnya adalah syurga.

Orang-orang jahiliyah sangat berbangga dengan ilmu. Mereka mempunyai pelbagai ilmu, mencipta roket, ke bulan, dan macam-macam lagi tapi apakah matlamat mereka? Adakah ilmu mereka itu membawa mereka kepada Allah? Jawapannya takde, ianya cuma untuk dunia.

Dalam Al Quran, ilmu Allah itu berlipat kali ganda. Jadi mana kita nak dapatkan ilmu-ilmu Allah ni? Semestinya dari Al Quran.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". al-kahfi 109

Tapi apa pula maksud ilmu kanak2, keteloran lidah kanak-kanak2?


Cuba kita tengok budak-budak bercakap. Budak-budak ni ilmu sikit sahaja tapi bila cakap sesama mereka, seolah-olah hebat sangat budak-budak ni. Apabila mereka bermain, seolah-olah permainan itu sangat hebat sampai berebut-rebut nak main. Kita yang tengok budak2 ni anggap menda yang diorang cakap tu remeh temeh dan hal-hal kecil sahaja. Permainan yang mereka main pon bagi kita tidak ada apa-apa.

Macam itulah juga dengan manusia berilmu yang tidak membawa mereka kepada Allah. Ilmu yang mereka ada itu contohnya sains, ianya hanya satu cabang dari ilmu Allah. Dengan ilmu yang sikit mereka ada, mereka berbangga-bangga seolah-olah begitu hebat sedangkan ilmu Allah itu sangat luas.

Perenggan 5


"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang?"


Al Quran dapat membentuk 3 fahaman penting kepada manusia


1) Tanggapan pada alam wujud ni
2) Kenapa Allah cipta manusia.
3) Apa matlamat penciptaan alam

1) Tanggapan pada alam wujud ni


Tanggapan manusia pada alam dapat mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri. Al Quran membentuk tanggapan soheh dan benar yang perlu ada pada manusia tu.

Cuba kalau kita berfikir bahawa apabila alam ini hancur/tamat, hayat manusia juga tamat, tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Maka kita akan hidup di dunia ini dengan sewenang-wenangnya, kita akan mengejar segala yang ada di dunia ni. Apa sahaja yang menyeronokkan kita akan buat.

Bagi mereka yang faham bahawa hidup di dunia sementara sahaja, dan kesudahannya akhirat, mereka akan hidup berdasarkan tanggapan itu. Jadi hanya Al Quran yang boleh memberi tanggapan itu. Itu lah yang diberi Al Quran untuk membentuk manusia mempunyai tanggapan bersih pada alam wujud ni.

2) Kenapa Allah ciptakan manusia


Mari kita lihat apa yang Allah katakan kepada kita dalam surah Adz Daariyaat ayat 56.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."


Kita Allah jadikan untuk menyembah dan beribadat kepada Allah. Kita juga Allah jadikan sebagai khalifah di bumi ini. Inilah matlamat ciptaan manusia yang diterangkan dalam Al Quran

2) Apa matlamat penciptaan alam


Allah menerangkan dalam Al Quran, surah Al Baqarah ayat 29

"Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


Bermakna segala penciptaan alam ini berpusat pada manusia. Allah menjadikan bumi ini sebelum Nabi Adam diturunkan, maknanya Allah jadikan alam ini memang untuk manusia. Apabila manusia mati, manusia akan dhidupkankan di tempat lain, sebab itu bumi ini dihancurkan Allah kelak. Ini juga menunjukkan bumi dijadikan selama mana manusia hidup di bumi.

Jadi apa matlamat kewujudannya kepada manusia?
Bagaimana alam boleh digunakan oleh manusia?



Alam-alam ini Allah jadikan untuk membantu manusia menjadi hamba kepada Allah. Tumbuh-tumbuhan, makanan Allah ciptakan untuk manusia supaya manusia tidak lemah untuk beribadah. Minyak, gas, bahan galian lain contohnya, Allah jadikan sebab manusia memerlukannya dalam kehidupan seharian.

Allah juga menjadikan siang dan malam, alam semesta yang sangat hebat sebagai bukti kehebatan dan kewujudan Allah.

Contohnya kita nak ke kerja, kena pergi pejabat, kena ada komputer, pen dan sebagainya. Kalau benda-benda ini tidak ada, bagaimana kita nak bekerja?.

Samalah juga dengan alam ini, dijadikan sebagai bahan untuk kita menjadi hamba kepada Allah
Kalau kita baca Quran, tetapi tidak merasakan apa2 apabila melihat alam ini, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kita.

Apa bezanya orang Islam dengan kafir?


Orang kafir ke kerja, mencari duit untuk anak-anak. Apabila anaknya dewasa, anaknya pula mencari kerja untuk anaknya dan begitulah putaran hidup mereka sampai bila-bila.

Kita, muslim, bekerja unutk menjadikan jambatan ke akhirat kelak. Hidup kita lebih bermakna dan lebih berkat kerana kita tahu apakah tujuan hidup kita. Kita tahu apakah tanggungjawab kita untuk ke arah yang dituju itu.

Perenggan 6


"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an, dan di sana aku dapat merasa adanya keseimbangan yang indah di antara harakat manusia seperti yang dikehendaki Allah dengan harakat alam buana yang diciptakan Allah. Kemudian aku melihat keadaan simpang-siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dan undang-undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka, lalu aku berkata di dalam hatiku: Manakah syaitan yang jahat yang telah memimpin umat manusia ke Neraka ini?"

Kita perlu hidup mengikut apa yang Allah tetapkan supaya berlaku keseimbangan pergerakan manusia dengan pergerakan alam. Semua yang ada di alam iaitu bumi, binatang, tumbuhan bergerak-bergerak-gerak, hatta meja sekali pon bergerak-gerak (atom2 bergerak). Allah tentukan siang dan malam melalui pergerakan bumi, jadi manusia juga ada pergerakannya.

Manusia dan jin ini dicipta antara 2, islam ijbari (tubuh badan, jantung..) dan islam ishtihari (hati), dijadikan sebagai raja yang mengawal kesemua pergerakan manusia.

Kalau tangan itu yang mencuri, sebenarnya tangan itu islam, tapi di kawal oleh hati. Jadi masalah nya adalah hati. Hati hanya boleh dibetulkan dgn ayat-ayat Allah sahaja. Al Quran itu sememangnya adalah untuk hati kita.

Bagaimana nak seimbangkan harakat manusia dan alam?


Cuba kira bayangkan jam analog, manusia disamakan dengan roda gear tu dan yang lain-lain itu adalah alam. Kalau satu gear rosak atau tersilap pusing, akan musnahlah jam tu.

Kalau kita tidak sama dengan alam yang sentiasa bertasbih dan mengikut segala arahan allah, huru hara lah dunia ni. Manusia sekarang hidup tanpa mengikut apa yang ditentukan Allah, kerana itulah berlakunya ketidakseimbangan dalam dunia ini.

“Langit yang tujuh dan bumi sera sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah.” (Surah al-Isra’)


Kita kena sedar, fitrah semulajadi manusia ini hendakkan kepada Allah dan kerosakan itu berlaku apabila kita tidak mengikut fitrah tersebut. Alangkah ruginya manusia sebab tidak mengikut apa yang disuruh Allah.

Kita tengok contoh:
Allah mengharamkan arak kepada manusia kerana berlanggar dengan keperluan manusia. Akhirnya apa yang orang minum arak dapat? Dia hanya merosakkan dirinya sendiri.

Allah sudah tetapkan aurat bagi lelaki dan wanita tetapi ramai wanita tidak menutup aurat. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi pengundang kepada gejala lain dan kita lihat sekarang, impaknya semakin teruk.

Perenggan 7


"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku melihat alam al-wujud ini adalah jauh lebih besar dari saiznya yang lahir yang dapat dilihat itu. Ia lebih besar dari segi hakikatnya dan dari segi bilangan aspek-aspeknya. Ia mencakup alam ghaib dan alam syahadah kedua-dua sekali bukannya alam syahadah sahaja. Ia merangkumi dunia dan Akhirat kedua-dua sekali bukannya dunia ini sahaja. "

Apabila kita duduk di dalam satu bilik, kita tidak nampak apa yang ada di dalam bilik sebelah. Di dalam bilik itu pon kita cuma nampak apa yang mata kita mampu nampak seperti meja, katil, kerusi dan sebagainya . Perkara dalam dimensi lain seperti jin mata kita tidak mampu melihat.

Al Quran memberikan gambaran lagi besar dari apa yang kita nampak sekarang. Al Quran mencakupi alam ghaib dan syahadah(yang kita nampak). Perkara yang ghaib(syurga , jin) dapat kita ketahui apabila kita membaca quran.

"Dan kewujudan manusia adalah bersinambung di lorong-lorong zaman yang amat jauh itu. Maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalan. Segala sesuatu yang dicapai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. Segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di Akhirat nanti."

Sayyid Qutb mahu kita mengambil Al Quran ini menjadi panduan hidup kita supaya hidup kita lebih bermakna dan hidup kita ada hala tujunya. Kita nak menjadikan Al Quran itu bacaan kita setiap hari kerana Al Quran ini yang dapat mengubah manusia.

Maut bukanlah penghabisan hidup manusia. Apa yang kita dapat di dunia ini, ianya hanyalah sebahagian habuan sahaja. Balasan yang terluput di dunia tidak akan terluput di akhirat.

Contohnya:
Kita mendapat satu hadiah iaitu duit yang banyak dan kemudiannya kita gunakan duit itu untuk bersedekah. Habuan yang kita dapat tadi sudah tidak ada dalam tangan kita kerena kita sudah serahkan kepada orang lain. Namun habuan yang luput itu digantikan pula dengan habuan pahala sebagai bekalan untuk akhirat.

"Di sana balasan tidak akan mengalami penganiayaan, pengurangan dan kesesiaan."


Balasan yang diberikan Allah semuanya adil, tidak menganiaya hambaNya.

"Peringkat perjalanan yang dilalui manusia di bumi ini merupakan peringkat perjalanan di sebuah alam hidup yang lumrah, sebuah alam sahabat yang mesra dan sebuah alam yang mempunyai roh yang sentiasa menerima, menyambut dan ia bertawajjuh kepada Allah Pencipta Yang Maha Esa sebagaimana roh orang yang beriman bertawajjuh kepada-Nya dengan penuh khusyu’."

Manusia ini hidup berperingkat dari alam roh, rahim, dunia, dan akhirat.
Dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu tawajjuh iaitu menghadapkan muka kepada Allah (sentiasa mengingati Allah)

Kita berbuat sesuatu itu sambil mengingati bahawa Allah sentiasa melihat kita.
Macam mana alam ini sujud kepada Allah, begitu jugalah manusia perlu sujud kepada Allah.

Kesimpulan
Dari muqaddimah Tafsir Fi Zilal ini kita dapat 4 point penting:
  1. Allah bercakap dengan manusia
  2. Minat dan cita-cita penduduk dunia yang kecil
  3. Kefahaman tinggi dan bersih kepada alam
  4. Keseimbangan harakat manusia dan warna harakat Allah
- Pengisian Usrah 03.01.10 dan 10.01.10

    13 Dec 2009

    Al Baqarah (2) : 120-121


    سُوۡرَةُ البَقَرَة

    وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠) ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَتۡلُونَهُ ۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٢١)

    Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.


    Asbabul Nuzul:

    Dari Ibnu Abbas katanya, "Orang-orang Yahudi Madinah dan Nasrani Najran berharap agar Nabi saw. melakukan salat dengan menghadap ke kiblat mereka. Maka tatkala Allah memalingkan ke Kakbah, mereka merasa keberatan dan putus asa; keislaman mereka tidak dapat diharapkan lagi. Maka Allah pun menurunkan, 'Orang-orang Yahudi dan Nasrani...' sampai akhir ayat."


    Ibn Jarir berkata, yang dimaksudkan Allah dari firmannya,

    ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka”

    ialah, 'Hai Muhammad, kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu selamanya sebelum kamu mengikuti apa yang mereka sukai dan setujui. Maka carilah keridhaan Allah di mana kamu diutus dengan hak dalam keredhaan itu.'"


    Dan Firmannya,

    "Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang disebut petunjuk.'"

    Bermaksud katakanlah Muhammad, sesungguhnya petunjuk Allah yang aku diutus dengan membawa petunjuk itu ialah petunjuk, yakni merupakan agama yang sahih.


    " Dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang kepadamu pengetahuan maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu. "


    Ayat ini merupakan amaran keras bagi umat islam agar mereka tidak mengikuti jalan kaum Yahudi dan Nasrani, setelah mereka setalah mereka mengetahui isi Al- Quran dan Sunnahsambil berlindung kepada Allah dari perbuatan mengikuti itu. Ia bukan sahaja amaran untuk Nabi Muhammad SAW tetapi juga kepada seluruh umat islam hari ini.


    Pangajaran :

    - kita sebagai umat Islam janganlah terikut-ikut dengan budaya yang dibawa oleh orang Yahudi dan Nasrani.

    - Hendaklah berpegang kepada Al-Quran setelah mengetahui isi kandungannya dan juga sunnah Rasulullah SAW.


    Ayat 121 :


    Orang-orang yang telah Kami berikanAl Kitab kepadanya mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itu orang-orang yang rugi.


    Ada beberapa pendapat yang merujuk kepada ayat Orang-orang yang telah kami berikan Al-Kitab kepadanya.


    1.Abd. Razzaq berkata dari Ma'mar, dari Qatadah, orang-orang itu merujuk kepada orang Yahudi dan Kristian. Juga dipersetujui oleh Abdur Rahman Aslam dan Ibnu Jarir.

    2. Said memberitahu dari Qatadah : mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah SAW.


    " mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya mereka itu beriman kepadanya. "


    1. Abu Al-Aliyah berkata, Ibn Mas'ud berkata tilawah yang betul adalah dengan melakukan apa yang diperintahkan didalam Al- Quaran, meninggalkan apa yang dilarang, membacanya seperti mana yang diturunkan oleh Allah, tidak menukar atau meninggalkan satu ayat pun dan menafsirkan seperti yang sepatutnya ditafsirkan.


    2. Umar bin Al Khatab berkata " Orang-orang tersebut adalah mereka yang membaca ayat-ayat yang menyatakan Rahmah Allah, mereka yang memohon akannya dan apabila mereka membaca ayat yang mengandungi seksaan, mereka memohon keampunan daripada Allah .


    Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.


    dalam surah Huud ayat 17 menjelaskan ayat ini dengan menyatakan orang-orang yang mengingkari Al Quran akan ditempatkan kedalam api neraka.


    Pengajaran :

    - Sentiasa menjadikan Al- Quran sebagai pegangan hidup, melakukan apa yang diperintahkan didalamnya, dan meninggalkan larangannya supaya kita sentiasa tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman.



    - 13122009 by mimi =)

    6 Dec 2009

    Al-Baqarah(2): 116-119


    [116]
    Dan mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah (dari apa yang mereka katakan itu), bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaanNya.
    [117]
    Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.
    [118]
    Dan (orang-orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan, berkata: "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang-orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin.
    [119]
    Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka. 


    Ayat 116
    • Mereka yang dimaksudkan dari 3 golongan iaitu golongan yahudi, nasrani, dan musyrikin.
    • Yahudi mengatakan Uzair anak Allah, Nasrani mengatakan Nabi Isa anak Allah dan musyrikin mengatakan malaikat anak Allah
    • Mereka mempunyai pandangan yang sama iaitu Allah mempunyai anak
    Ayat 117
    • Allah membalas bahawa Allah maha hebat, semua di bumi dan di langit milik allah, dan semuanya tunduk serta ikut apa Allah perintahkan
    • Allah pencipta apa yang ada di langit dan bumi bukan, mengelola, mengatur serta memberi rezeki kepada hambanya.
    • Allah denied mempunyai anak sebab sifat2nya yg memiliki, mencipta.Semua yg ada di bumi dan langit itu hambaNya, maka mana mungkin hambaNya itu adalah anak. Allah tidak ada teman perempuan, bagaimana Allah boleh mempunyai anak.
    • Segolongan manusia nak samakan Allah dgn manusia, kerana tidak boleh luar dari kemampuannya.
    • Apabila Allah mahukan sesuatu, maka jadilah ia, semuanya terletak di tangannya. Ada kejadian melalui kun fayakun (sesuatu yg dijadikan di atas langit spt malaikat dan roh kita). Ada kejadian melalui proses (spt bumi selama 7 hari). Sebenarnya kejadian yang berbeza ini adalah rahmat Allah bagi kepada kita spy kita berpeluang utk berfikir dan mencari kebesaran allah. Cth : kejadian manusia, bagaimana proses manusia dijadikan dari adam, air mani dan seterusnya. 
    Ayat 118
    • Ayat ni turun dari satu peristiwa. 
    • Kisah rafik bin ruzaimah dari riwayat ibnu Jarir dan ibnu Hatim dari Said dari ibnu Abbas. Kisahnya lebih kurang macam ni. Ada seorang berkata pada Nabi Muhammad saw, "jika engkau Rasul Allah, mohon kepada Allah untuk mintak diperlihakan Allah secara terus."
    • Namun jika Allah kabulkan permintaan itu, mereka tetap tak nak beriman dgn Allah. Sama sifatnya seperti org kafir.
    • Betapa egonya mereka mahu Allah datang kepada mereka sedangkan kita sepatutnya mencari pencipta, bukannya hanya menuggu pencipta datang kepada kita sahaja. 
    • Bila kita kenal pencipta, kita akan taat, dan mendapat keredhaan allah.
    • Tujuan hidup: menjadi hamba Allah, menjadi khalifah dan memakmurkan bumi
    Ayat 119
    • Diturunkan berdasarkan satu peristiwa tapi dari hadith yg tak kuat.
    • Rasulullah bersabda, "aku begitu nak tahu nasib ibu bapa..."Allah turunkan ayat ni. Tugas nabi adalah memberi berita gembira (syurga n neraka) bukan untuk tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Apa  yg berlaku nnti adalah tanggungjawab Allah.
    • Sama dgn kita, kita nak relate al quran dgn kehidupan kita. Tugas kita adalah  menyampaikan kepada org, walaupon sikit. Bila dpt sesuatu, kita  perlu rasa seronok sangat nak share dengan org lain, dan inshaallah kita akan lebih phm mengenai ilmu tersebut.
    Pengisian 06.12.09

    6 Dec 2008

    sitting usrah 5/12/08


    Tadabbur : al-Insan

    Ghazwul Fikr

    Ghazwul Fikr (Perang Pemikiran) adalah perang yg tak menggunakan military. siapakah yg memerangi siapa? apakah sasaran mereka? rujuk 2:217 dan 4:89

    "...Dan mereka (orang-orang kafir itu) tidak akan berhenti memerangi kamu hingga kamu memalingkan dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian)... "

    "
    Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka..."

    kelebihan Ghazwul Fikr:
    1. tidak memerlukan dana sebesar perang military
    2. sasaran xterbatas, valid pd semua umat islam (mksudny, bukan hny askar tp student, doktr, Dipl.Ing :P, surirumah, etc)
    3. tiada korban dr pihak penyerang
    4. sasaran tak sedar dirinya diserang
    5. hasilnya janga masa panjang. last for long time.
    6. lebih efektif dan efisyen

    sejarah permulaan Ghazwul Fikr:
    bermula pd fasa akhir perang salib, semasa King Louis IX jadi tawanan perang, beliau diletakkan ditengah2 bandar sebagai tontonan umum. masa tu, beliau perhatikan cara hidup umat islam. lepastu, beliau tulis surat pd gabenor dia, ckp umat islam ni hanya akan lemah sekiranya kita dpt jauhkan umatnya dr Allah dan Al-Quran. akhir sekali, beliau ditebus dgn emas seberat King Louis IX (die gemuk sgt mase tu).

    sasaran : pemikiran dan akhlak.

    bnyak 'serangan pemikiran' yg telah dilancarkan terutama skali pengenalan pd sekularisma dan nasionalisma yg sekarang dah sebati dlm dada umat islam. memisahkan agama dr hal2 yg lain dan memupuk semangat kenegaraan yg sebenarnya telah menghilangkn rasa tanggungjwb kita apbl umat islam ditempat lain diserang.

    sasaran akhlak pula apbl kita semua telah dilalaikan dgn hiburan (hedonisma) dan dibiasakan dgn cara hidup yg rosak seolah2 itu adalah perkara yg boleh.

    kata penutup, marilah kita sama2 cb pertahankn diri dr Ghazwul Fikr ni. kita mulakn dgn mempertahankan diri dan cuba menyedarkan kawan2 ttg ghazwul fikr ni. yes, insyaAllah 1 day we will counter back their strike, but its not a simple topic to be discussed here. utk dapat idea yg efektif lg efisyen mcm ni pun diorg dpt ni pun memerlukan masa beratus tahun.

    notes: maaf klu ade kekurangan (sntiasa terbuka utk teguran yg +ve), semua isi telah diedit mengikut cita rasa sndiri (yg kak izzah bgk lg bes sbnrny) dan penulis sbnrny agak seorg yg simple (xnak ngaku pemalas
    ^^')

     

    Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino