Dikala ini, dunia penuh dengan kejahilan. Cuba lihat dalam dirimu. Berapa peratuskah jahiliyah telah meresap dalam dirimu? Dulunya aku juga begitu. Sebelum menemukan dengan jalan tarbiyah ini. Aku serupa dirimu. Malahan mungkin aku lebih teruk dari itu.
Tapi aku diselamatkan Allah yang menarikku ke jalan tarbiyah. Yang membersihkan jiwa dan jasadku. Yang memimpinku kembali kepada ’tuanku’ setelah hanyut dalam dunia ciptaan manusia sendiri.
Adikku,
Kau mungkin baru pertama kali mendengar perkataan tarbiyah. Atau mungkin kau sudah muak mendengarkannya. Tapi adakah kau faham apakah tarbiyah itu? Mengapa tarbiyah? Apakah tarbiyah dapat berikan kepadamu? Kupetik kata-kata Mustafa Al Mansur ;
”Tarbiyah bukan segalanya. Tetapi segala-galanya ada dalam tarbiyah”
Adikku,
Tarbiyah itu jika ku kutip dari buku Manhaj Tarbiyah Ikhwanul Muslimin maknanya,
“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.
Untuk apa tarbiyah ini? Tidak lain dan tidak bukan untuk mecapai status ’umat terbaik’ yang Allah sebut dalam Surah Al Imran, ayat 110 yang berbunyi ;
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman,dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [Ali-’Imran: 110]
Dengan Tarbiyah akan membentuk keimanan yang melahirkan ibadah kepada Allah semata-mata, tarbiyah akan menegakkan kekhalifahan di muka bumi seterusnya memakmurkan bumi ini. Jika kau lihat, tarbiyah ini adalah proses untuk kau memenuhi tujuan kehidupan kau di dunia ini. Iaitu, sebagai khalifah dan sebagai hamba.
Adikku,
Jika kau menjadi seorang jurutera, tarbiyah bukan sahaja membentukmu menjadi jurutera yang mahir dengan segala mesin, malahan mahir dalam mengurusi manusia dan membawa kepada Allah.
Adikku,
Proses Tarbiyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Prosesnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianlah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap selalu kerana ia mungkin berkarat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)
lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)Adikku,
Kerana ajal kita tidak dapat menjangkakannya, aku takut kehidupan kita akan berakhir dengan pengakhiran yang buruk. Kerana itu aku menyeru akan keterikatan dalam tarbiyah ini. Biarlah kita melalui Pengakhiran di dunia dengan keimanan yang tinggi. Kerana apa yang kita mahukan adalah jannah Allah. Oleh itu berusahalah untuknya. Teruskanlah dirimu dalam tarbiyah ini. InsyaAllah....
Salam sayang,
Mimi, Glasgow
15 Mei 2010




