Al Falaq
-Surah ini merupakan perintah Allah kepada Nabi Muhammad dan orang mukmin supaya kita memohon perlindungan daripada Allah terhadap apa-apa yang ditakuti samada yang kita tahu ataupun tidak.
-Masa kita memulakan untuk membaca Al quran,kita akan membaca bacaan basmallah yang bermaksud : dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.
-Allah maha pemurah dan penyayang akan melindungi kita.Analoginya seperti emak kita.Kalau emak kita terlalu sayangkan kita,sudah tentu dia akan bersifat "protective" ke atas diri kita.
-Allah dengan sifat ketuhananNya yang menjadikan dan mengawal bumi,oleh itu tiada satu perkara yang berada di luar pengetahuanNya.
-Nabi Muhammad SAW amat gembira apabila ayat ini diturunkan kerana baginda tahu bahawa Allah akan melindungi hambanya.Rasulullah pernah berkata kepada Jabir"bacalah".Jabir bertanya "baca apa?"Rasulullah menjawab bacalah kedua-dua surah Al Falaq dan An Nas kerana tiada surah-surah lain yang serupa dengannya.
Huraian Ayat
1]Katakanlah (wahai Muhammad);"Aku berlindung kepada Tuhan(Allah yang menciptakan semua makhluk
Disini,kita memohon perlindungan daripada Allah.Kita hanya boleh meminta pertolongan daripada Allah SWT.Sifat Allah yang dapat melindungi kita daripada falaq(yang bermaksud falaq atau seluruh mahkluk).Maksud falaq ini dinyatakan dalam surah Al An'am ayat 95 96.
2]Dari kejahatan makhluk-mahkluk yang Ia ciptakan
Kita mohon daripada Allah agar kita dijauhkan daripada semua perkara yang buruk agar hanya yang baik sahaja tinggal.Kejahatan makhluk-makhluk ini boleh jadi daripada manusia,syaitan,binatang atau serangga yang berbisa dan berbahaya,jin dan sebagainya.
3]Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk
Seperti yang kita sedia maklum,kita sering mengaitkan malam dengan ketakutan.Apabila malam,keadaan sunyi sepi,banyak orang tidur dan sesetengah manusia mengambil kesempatan untuk berbuat jahat.Orang mencuri,merompak.Banyak jenayah berlaku di malam hari.Masa gelap inilah syaitan mula menghasut.Kadang-kadang timbul perasaam karut dan duka nestapa.Oleh sebab itu,kita memohon daripada Allah agar kita dilindungi daripada kejahatan yang berlaku pada waktu malam.
4]Dan dari kejahatan tukang sihir yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan(dan ikatan-ikatan)
Dalam sesetengah terjemahan tukang sihir itu turut disebut sebagai perempuan-perempuan sihir.Ini kerana ahli sihir pada zaman dahulu kebanyakannya perempuan.Contoh sihir ini adalah santau.Sihir dilakukan dengan pertolongan jin atau syaitan.Tapi Allah lagi maha
berkuasa.Hanya Allah boleh benarkan sesuatu terjadi ataupun tidak.
Kalau kita nak minta sesuatu,mestilah minta daripada yang lebih superior.Oleh itu kita mohon perlindungan daripada Allah.
5]Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya
Sesetengah manusia tidak tenang atau cemburu apabila manusia lain lebih senang.Dengki ini adalah penyakit hati.Apabila die dengki,dia akan berusaha untuk memusnahkan nikmat yang orang lain dapat atau cuma berasa iri hati di dalam hati.Namun bila ada perasaan dengki ini,walaupun dalam hati,boleh membawa kepada sesuatu yang buruk.Contohnya orang tu kaya.Kalau kita dengki ,mungkin kita akan memusnahkan nikmat yang dia ada ataupun paling kurang,kita tak nak kawan dengan orang tu.Bila kita dengki,kita macam ejen syaitan lah.Syaitan pun dah bangga dia dah berjaya lantik ejen dia.
Jenis dengki ada empat
1-dia tak nak orang lain dapat nikmat
2- nak orang yang dia dengki hilang nikmat yang dia dapat
3-dia nak nikmat untuk diri sahaja,tak nak ada pada orang lain
4-dia tak nak sesiapa pun dapat nikmat
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya,kita harus mengamalkan membaca surah ini dan surah An Nas.Sepert yang kita sedia maklum, doa itu senjata bagi orang mukmim.Nabi Muhammad sendiri setiap malam,akan menadah tangannya dan membaca surah al Falaq dan an Nas,dan menyapunya ke bahagian tubuh yang dapat dicapai,mula-mula bahagian kepala dan bahagian depan badan sebanyak 3 kali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 coretan:
Allah telah memberikan senjata kepada kita, jadi kita mesti gunakan senjata tersebut utk melawan perkara2 jahat.
note: tahniah lisa sbb berjaya update dlm blog ;)
Post a Comment