10 Dec 2009

PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA



Assalamualaikum..Ana ada benda sikit nak dikongsi dengan anda semua pasal "BERSALAMAN TANGAN DENGAN WANITA BUKAN MAHRAM"...ney sekadar pengetahuan bersama.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum syariat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik....dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras,isteri bapa saudara(mak saudara), suami ibu saudara(bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara' tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
-hadis riwayat Ath Thabrani-

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina."
-hadis riwayat Ahmad-

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:

"Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita"
-hadis riwayat Ahmad-

Beliau juga bersabda:
"Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita"
-hadis riwayat Ath Thabrani-

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:
"Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai'at mereka dengan perkataan."
-hadis riwayat Muslim-


Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM..Wallahua'lam

3 coretan:

huda on 10 December 2009 at 10:48 said...

btul tu, tengok skng ni setakat salam ngn bukan mahram terutamanya dalam family tu dah biasa sgt.

semoga kita terus kuat utk menghindari bersalaman dgn bukan mahram ni.

Mimiamilia on 11 December 2009 at 05:20 said...

bila dosa2 kecil dianggap biasa..inilah jadi nya.tidak tahu yang hak dan batil

Berusaha n tawaqal!! on 11 December 2009 at 08:39 said...

iNSHaLLAH nisa pun kadang2 lupe terutama bile jumpa family2..supaya jadi peringatan juga untuk semua..and juga di samping kawan2 juga..sebab tu nisa elakkan jumpa kawan2 sek lama di Damansara..dikatanya kita ni kolot..bersabar je la..

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino