28 Dec 2009

Tahun baru, Azam baru ?


Tanpa disedari 2010 bakal menjelma tiba, dan kita sebagai orang2 muslim dah terlebih dahulu sambut tahun baru dulu kan?

...iaitu maal hijrah...1431 Hijrah...

Syaidina Umar Al-Khatab telah mencadangkan tarikh 1 Muharam adalah hari bermulanya kalender islam. Daripada banyak2 peristiwa dalam sejarah Nabi Muhammad s.a.w, hijrah adalah satu titik perubahan..."turning point"....dimana pada masa itu,

islam yang ditekan menjadi islam yang dihormati...
islam yang dipandang rendah menjadi islam yang dipandang tinggi...

Apa azam baru kalian tahun nieh?
mesti ada yang dah bosan...tiap2 tahun mesti nak tanye apa azam baru jerk...takdelah kena azam baru jerk?...kalu nak sambung azam yang tak tersudah dari tahun lepas pun boleh ajerk...tak wajib...tapi kalu ada bes kan?...ada benda yang kita kejar2 kan?... ;).

Dalam kehidupan kita seharian, ada sesuatu yang lebih susah dari SUSAH iaitu BERUBAH....

Untuk dikaitkan dengan kehidupan kita seharian, dimana cabaran yang sentiasa kita kena tempuhi seharian dan kadang2 tueh membuatkan kita rasa putus asa, rasa tak semangat dan sedih...akan tetapi..kita harus tempuhinya jua...apa2 pun cabaran yang kita tempuhi adalah kita harus ada rasa Percaya untuk Berjaya...

Ketika perang Ahzab atau juga dikenali sebagai perang Khandaq(parit), pada masa itu para sahabat berada dalam keadaan sangat tertekan kerana mereka dikepung oleh tentera arab yang bergabung diseluruh semanjung tanah arab.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyebut sesuatu mengenai Percaya Untuk Berjaya iaitu, sabda baginda Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat sebagai motivasi:

"Kota Constantinople/Istanbul pada hari ini, pasti akan berada ditangan kita suatu hari nanti, sebaik2 ketua adalah ketuanya, dan sebaik2 tentera adalah tenteranya"

Apa perasaan para sahabat pada ketika menerima saranan dari baginda Rasulullah s.w.t itu?

mungkin perasaan para sahabat ketika itu apabila baginda menyebut perkara itu...timbul rasa keraguan...oleh kerana mereka ketika itu adalah satu komuniti kecil, yang hidup dihujung tanduk ketika berada didalam kepungan...tetapi Constantinople pula sebagai satu kota yang terbesar didunia pada ketika itu hendak ditaluki...

itu adalah salah satu cara nabi memotivasikan para sahabat:

percaya selepas melihat sesuatu, itu adalah tidak ada apa2 sangat...
tapi yang hebatnya adalah...
percaya sebelum melihat sesuatu...dan kita bekerja untuk melihat apa yang kita percaya...itu yang diajar baginda Rasullulah s.a.w....

Baginda tidak berbohong apabila berkata2...apabila baginda mengatakan pasti ia akan berlaku...dan para sahabat/mereka mula bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya...

pelbagai usaha dilakukan....tahun 44 Hijrah masih menemui kegagalan...diikuti tahun seterusnya masih gagal...tapi usaha dan terus berusaha....

penantian selama 800 tahun, akhirnya pada tahun 1453 saranan nabi Muhammad s.a.w tertunai ditangan manusia yang luar biasa iaitu sultan Muhammad al-Fatih iaitu sultan ke-7 kerajaan Turki uthmaniyyah.

Kejatuhan Constantinople....

ini semua bukanlah usaha peribadi beliau, akan tetapi dengan belajar dari kekalahan2 yang terdahulu.

TIDAK PUTUS ASA itu yang penting...

Soal melaksanakan perubahan bukan suatu pilihan, tetapi ia adalah suatu kemestian...
diibaratkan seperti...
insyaAllah akhir perjalanan kita di syurga nanti...untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w., untuk berjumpe dengan para2 sahabat...dan untuk berjumpa dengan org2 yang hebat...

kita takde pilihan lain...Syurga atau Neraka?...mana pilihan kalian?...sudah pasti Syurga Bukan?

oleh itu joom kita berusaha untuk menjadi manusia yang hebat...
kita check2 mana keistimewaan dan potensi kita untuk berjaya ok?..

percaya untuk berjaya...=).

kalu biasa tengok cerita Kungfu Panda...kata bapa si Po/Panda yang gemuk itu...

There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!!

insyaAllah...
idea dipetik sebulat suara dari saifulislam.com... =).

kalau tengok Video dari beliau lagi bestlah ;)., isi lagi padat...selamat menonton...





0 coretan:

 

Teratak Wihdah Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino